"Everything Begins fRom HeRe..."

29.12.10

.:: 2-0-1-0 ::.



Rasa bagaikan semalam baru ku buka mata menginjak melangkah masuk ke tahun 2 0 1 0... Rupanya hanya tinggal 50 jam sahaja lagi tirai tWenTy-TeN akan melabuh menutup cerita dan terus berlalu.. rutin aku di penghujung tahun teramatlah padat..namun masih ingin aku mencuri masa emas ini utk aku coretkan rentetan rasa ku sepanjang tahun ini..secara keseluruhannya tahun ini aku banyak diuji...bermula dr ujian MU yg kecil hgga yang hebat.. patah, goyah, rapuh, marah, benci, geram, sedih, kasih, sayang, hingga lah tiada lagi rasa..semua tu ada dalam hati aku sepanjang 2010 ini.

Ingin aku mulakan dgn merujuk kembali kepada wishlist aku tuk tahun neh {2-0-1-0}.
* Alhamdulillah, antara niat tuk aku menjejak insan2 yg aku terlost contact tuh terkabul jua walaupun x semua..lebih dari sebahagian tuh dah kira syukur sgt..Thank You ALLAH Kamu dgr saya.. semoga ukhuwah saya bersama mereka terus mekar terjalin..Insyaallah~
* Tahun yang byk aku cuti2..
* Syukur Ya Allah~ dengan izinMU aku bjaya tersenarai dalam list Anugerah Kualiti Fakulti tuk semester awal 2010..


Selebihnya aku lebih banyak menelan rasa..

Tidak pernah terlintas dibenakku mahupun dimimpiku utk aku merasai kepedihan teramat bagai luka yang sedang parah itu disimbah cuka..mengelegak sakit itu..
♪ ♫ ♪ Hancur hatiku..mengenang dikau..menjadi keping-keping setelah kau pergi... ♫ ♪ ♫

Aku selalu meredhai apa yang berlaku..aku relakan apa saja asalkan kita tetap bersama..namun bagai ada satu suara yang membisik di cuping ini yang membuka ruang mataku...akhirnya aku mengalah dalam hal ini..aku bukan siapa2 yang mahu menghukum..aku bukan kuat utk terus menelan rasa...aku pujuk hati dgn kesibukan kerja dan sesi pembelajaranku dan memberi lebih tumpuan kpd keluarga...dalam saat itu,DIA menduga keluarga besar kami dgn menjemput pulang abang kesayangan kami semua pergi dlm kemalangan tragis.. dia tempat aku mengadu,tempat aku meluah rasa,tempat aku melemparkan segala kesah...kemalangan yg menyebabkan kami hilang abang yang penyayang,isteri kehilangan suami tercinta, anak2 kehilangan daddy tempat bermanja,ibu ayah kehilangan anak bergantung harap..kami bagai hilang semuanya..masih ku ingat detik 2bulan sebelum pulang mu..aku menjadi semakin rapat,dia tempat aku mengadu saat itu..dia pegang rahsiaku hingga akhir hayatmu,,ALFATIHAH kanda...aku bagai semakin kecundang seperti mau tewas namun aku bangun biar patah sayap bertongkatkan paruh..terima kasih ALLAH Kau beri aku kekuatan itu. Aku mula melebarkan sayapku kembali walau masih tampak jelas kesan carik2 itu...papa slalu pesan dulu..jalan yang ku rintis perlu ku lalui hingga ke penghujungnya walau wirawatinya berlumuran darah.thanxs papa. saat itu hati ku mula mekar kembali..ada titisan embun yg mampu menyuburkan bunga yang kian layu itu.. :) . Lagi dugaan maha hebat yg ku terima saat sedang bergembira meraikan syawal..DIA hadiahkan kami kegembiraan berhari raya selama 3 hari dengan semeriah2nya..sungguh..kami memanfaatkan sepenuhnya meraikannya...awal pg 4 Syawal belum pun menginjak subuh..kejutan buat kami sekeluarga..sekelip mata teratak yang punya banyak kenangan buat sy dan semua punah ranap dibaham api yg tersangat marak..40 tahun mencipta sejarah melakar memori segala2nya disitu..tapi hanya sekelip mata kurang 20 minit rumah kami hangus dalam kebakaran..keluar dgn sehelai sepinggang yg hanya sempat ku menyelamatkan kereta,handbag dan beg laptop ku..maha hebat ujian..abah, dahan kami bergantung saat itu..dia tahu kami rapuh saat itu..dia mengheret kami bangun..saat dia mula berdiri lagi skali ujian mengundang..harta dunia ditarik lagi..saat itu abah bagai hilang dalam diri..aku turut rebah dengan keadaannya..dia meletakkan semua yang di bahunya dibahuku..pintanya utk aku teruskan..YA ALLAH~saat itu hanya tuhan yang tahu beratnya yang aku pikul..urusan keluarga,urusan kerja yang bertangguh2, saat itu juga soal hati aku juga diuji.. kini ujian hebat lagi ku terima bila dahan tempat bergantung saya dan kami semua cuba dirampas oleh insan yang x berhati perut...pohonnya masih teguh tapi dalamannya kosong bagai rapuh...heyyy..itu pohon kami yang sama kami bajai sedari dulu..kenapa kamu-kamu semua mau ambil dia dari kami...pulangkan dia..dia hak kami..nama kami ada nama dia..kamu-kamu tidak boleh kacau! pergi kamu sebelum moyang keturunan ku kembali mengusir kami..jangan tunggu hingga keris kami basah kembali! Ya Tuhan...Ujian demi ujian hebat mendatang padaku tanpa henti hingga ke penghabisan tahun 2010..

ya aku tahu...
"Mana mungkin seseorang itu mengaku ia beriman..sedangkan ia tidak diuji.." ayern [mohd shahril] slalu berpesan pada ku satu tika dahulu..thanxs ayern. ~kerana itu aku bangun..

"Maafkan semua salah silap orang setiap kali aku ingin menutup mata.." pesan umi padaku..Alhamdulillah aku selalu redha bila aku amalkan itu..

"Jangan bergantung harap meletakkan harapan yang menggunung pada org yg kamu cinta,kerana belum tentu org itu mencintai kamu seperti kamu mencintainya..berbalaslah pada org yang mencintai kamu kerana dia yang akan menjagamu spt dirinya sendiri...jangan biar hidup penuh kenangan dia..ciptakan memori indah baru kamu dgnnya yang mencintaimu.." maksu always talk to me..dia tulang belakang sy kini..luv u maksu.

"kamu kuat,kamu mampu,sebab tu kamu di uji..kami sentiasa dibelakang menyambut kamu sekiranya kamu tergelincir.." thanxs sahabat sejati..along,ateh,achik n adik..luv u all

"Biar apa org buat pada kita..bersabarlah, ingat kita masih ada ALLAH yang 1 itu..dia tidak pernah tinggalkan kita.." pesan abang hingga ke akhir hayatnya..ALFATIHAH buat kamu.

"langit tak selalu cerah...ada tika hujan,ribut,petir mengundang...aku mengharapkan ada pelangi untukku selepas hujan itu..moga masih ada mentari kembali menyinari diari hari depan ku..Insyaallah" saya selalu berpesan pada diriku..

"YA ALLAH..padaMU aku berserahkan segala-galanya bagi menutup kamus tahun 2010 ini yang banyak ujian hebat dari MU..Ya ALLAH..padaMU aku memohon segala-galanya bagi membuka diari hidupku tahun 2011 ini..biar selari dgn azam diari baruku Muhharam 1432H..aku berpegang pada janjiMU Ya Rabbal'alamin..."


.....Selamat tinggal 2010.....

9.12.10

.:: A L A S A N M U ::.


Ikhlasnya hati...Sering kali disalah erti
Tulusnya budi...Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan...Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata...Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau...Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum...Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula...Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama...Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah...Cara hidupmu
Ada rahmatnya....Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh...Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin...Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu....Semenjak dahulu


always pray da best for ur life...

[ e.N. d ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...