"Everything Begins fRom HeRe..."

6.5.10

.::hujan di mentari sinar::.

sgt2 sy x suke bile tiba-tiba hujan turun disaat2 mentari sedang menyinar...
mud saya sgt2 bagus arineh, tp tibe2 plak hati sy sgt2 terasa...menangis lg hati sy ini. tuk kamu, sy sedar sape sy dalam hidup kamu..tp jgn la kamu bersikap hanya bila perlu kamu disisiku bila kamu x perlu,sesuka hati kamu saja...cuba kamu berada ditempat saya.. :(

5.5.10

.:: Faizal Tahir - Hanyut ::.

*lagu neh telalu bermakna buat saya...i like!!

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja



.:: Syukur ::.



ALHAMDULILLAH...syukur Ya Allah
Kau Maha Mendengar

Dia mendengar suara hati ku...

terima kasih jua buat semua yg sama mendoakan terbaik tuk saya..ALLAH saja lah yg memberkati hidup kalian..Amin


[END]

2.5.10

.:: suaRa haTi ::.

" Ya Allah..sesungguhnya aku merasa teramat kerdil disisiMu saat ini, saat ini hanya padaMu aku berserah,berdoa,terus mengharap.. Ya Allah..padaMu aku memohon Engkau permudahkanlah segala urusan hambaMu yang kerdil ini, aku tidak mahu mengeruhkan lagi segala ikatan yg ada..Ya Allah Engkau maha mendengar segala isi hati ku saat ini..."
Amin

23.4.10

.::Duhai Hati::.

Lemah tiada daya lagi hati aku menangis....hanya aku yang mendengar suara hati aku. Meronta-ronta menangisi keluhan sendiri,tak siapa pun paham. Tanpa insan disisi memberi aku sokongan dan kekuatan. Mana pegi semua..aku sebolehnya hadir saat teman2 berduka namun tika aku dilembah sendu seperti keseorangan meraih simpati dihati. Hati aku terlalu berat kali ini tuk pergi.. pergi kembali ke satu tempat yang pernah meninggalkan parut dihati aku. aku cuba redha menerima,tapi persekitaran disitu membuatkan aku terlalu sedih. Kawan hanya pada nama yang tinggal. aku tidak pinta kalian mengalukan aku,namun cukuplah sekadar senyuman walau aku tahu itu sinis. aku tidak punya perisai menahan taburan peluru yang bakal ditebarkan. aku rasa tersangat lemah..tiada berdaya.

"Ya Allah..hanya Engkau mendengar rintihan hati aku,keluh rasa ku..aku mohon padaMu permudahkanlah segala urusan aku,berikan aku kekuatan untuk menghadapi getir ini..sesungguhnya aku tidak mampu melawannya."

eNd

17.4.10

.:: anDai ku taHu ::.

...dah kembali....

alhamdulillah smpai jugak aku ke umah..drive dr kl tghari td ntah cemana x sedar aku smpai ke sempadan mesia-thai..ish ish.. gara-gara full load kepala aku neh~ aku ke central atas sbb perlu melaporkan diri ke bandar putra sna..hummm aku pun terkezut menerima surat tuh. pg tuh rase menggigil jugak kaki n tangan neh..ntah nape ade perasaan tuh. aku sempat lepak ngan bppa geng dulu di meeting room yg sedang berlangsungnya tender analyzing.. jam 9 aku melangkah ke aras 2, 70 minit berlalu selesai urusan aku melaporkan diri kemudian aku pinta permisi utk ke meeting r00m bppa lg. saat 70 minit di ctu dah mcm2 yg aku dgr..sekadar senyum dan geleng saja..aku dah malas amek pusing..namun ade perkara yg menggusarkan hati aku..ia kerana ayat ini...."bos kiter tu ciksal pun last today,dia pindah ke bahagian atas..." perghhhh bagaikan ader batu besar bedeb00m atas kepala aku neh...aduhai,kamu beria2 menjemput ku pulang kemudiannya kamu tiada lg tempat itu..lg sekali bedebush aku rase bile "awk nti mungkin ke blakang gntikan post che we" argghhh ayat yg aku x sggup dgr. then ayat neh "ke awk nk kembali ke mama awk?" haduh haduh duh duh duh..sebolehnya tidak sama skali. sebelah ptg nye aku mendapat kabaran from 'him' kwn2 aku yg pernah jd sahabat aku seniri yg berbunga2 mengatur ayat2 bisa..sampai kapan kalian mau menghukum begini...kalo la korang nk tau aku bukan nye terhingin sgt nk kembali ke dlm tuh..aku dah ready tuk ke aras atas kalian namun ntah terperosok ke lembah tuh.. cukup2 la bercakap,cukup2 la berkata2.
hmmm aku sedaya upaya menc0ba skrg ini utk aku kuar dr lembah itu..andai aku tahu akan begini pasti aku tidak menjawab call dr cik--- itu.. sgt2 sy berharap dgn itu~mudahan2 dipermudahkan segalanya, amin.

31.3.10

.:: Perginya abang kami..AL-FATIHAH ::.

Lama juga rasanya aku tinggalkan blog ini bersarang dek kesibukan..
namun aku kembali dengan berita yg amat menyedihkan, meragut kegembiraan kami sekeluarga...

29 Mac berita kepulangan abang [Allahyarham Mohd Yusri B. Ab Wahab] sangat memeranjat kan kami..malah seluruh saudara mara sahabat handai rakan taulan dan orang ramai..perginya dalam keadaan yang menyayat hati. Dirempuh sejurus selepas selesai mengisi minyak kereta oleh pemandu yang mabuk ketika itu. Ya Allah berderau darah biler teringat kejadian.
Kemalangan yang menyebabkan kandaku Ismayanti kehilangan suami tercinta, anak-anakku Danish & Dhiya kehilangan daddy tersayang, ibu&ayah kehilangan seorang anak yg bertanggungjawab, kami semua kehilangan abang tempat berteduh. Sebak didada bila melihat si kecil yang baru mula mengenal & mengorak langkah meneroka kehidupan tanpa daddy tempat mereka bermanja... kanda Ismayanti, doa kami moga kau lebih tabah, kami sentiasa disisi saat memerlukan. Anakanda Danish & Dhiya,kami sentiasa mendepa tangan tuk kalian berdua bermanja.. begitu lah akrab & eratnya cucu cicit arwah Tok Pah,sorang terkena semua merasa..seorang pergi semua rasa kehilangan... Doa kami iringi buat abang semoga bersemadi dengan tenang,setenang wajah mu dihari terakhir. AL-FATIHAH buat kanda Mohd Yusri.


~saat sedang meniti bahagia [mlm hari raya]~


~Danish & daddy [buah hati abg]~


~Dhiya & daddy [permata hati abg]~
see her face..look like daddy {DIA Maha Pencipta}


anak ini semakin menyepi selepas kepulangan abg..


~si kecil Danish & Dhiya...kami ada bersama mu sayang~


Dari DIA kita datang,kepada DIA kita kembali

...AL-FATIHAH..


[T.A.M.A.T]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...