"Everything Begins fRom HeRe..."

31.3.10

.:: Perginya abang kami..AL-FATIHAH ::.

Lama juga rasanya aku tinggalkan blog ini bersarang dek kesibukan..
namun aku kembali dengan berita yg amat menyedihkan, meragut kegembiraan kami sekeluarga...

29 Mac berita kepulangan abang [Allahyarham Mohd Yusri B. Ab Wahab] sangat memeranjat kan kami..malah seluruh saudara mara sahabat handai rakan taulan dan orang ramai..perginya dalam keadaan yang menyayat hati. Dirempuh sejurus selepas selesai mengisi minyak kereta oleh pemandu yang mabuk ketika itu. Ya Allah berderau darah biler teringat kejadian.
Kemalangan yang menyebabkan kandaku Ismayanti kehilangan suami tercinta, anak-anakku Danish & Dhiya kehilangan daddy tersayang, ibu&ayah kehilangan seorang anak yg bertanggungjawab, kami semua kehilangan abang tempat berteduh. Sebak didada bila melihat si kecil yang baru mula mengenal & mengorak langkah meneroka kehidupan tanpa daddy tempat mereka bermanja... kanda Ismayanti, doa kami moga kau lebih tabah, kami sentiasa disisi saat memerlukan. Anakanda Danish & Dhiya,kami sentiasa mendepa tangan tuk kalian berdua bermanja.. begitu lah akrab & eratnya cucu cicit arwah Tok Pah,sorang terkena semua merasa..seorang pergi semua rasa kehilangan... Doa kami iringi buat abang semoga bersemadi dengan tenang,setenang wajah mu dihari terakhir. AL-FATIHAH buat kanda Mohd Yusri.


~saat sedang meniti bahagia [mlm hari raya]~


~Danish & daddy [buah hati abg]~


~Dhiya & daddy [permata hati abg]~
see her face..look like daddy {DIA Maha Pencipta}


anak ini semakin menyepi selepas kepulangan abg..


~si kecil Danish & Dhiya...kami ada bersama mu sayang~


Dari DIA kita datang,kepada DIA kita kembali

...AL-FATIHAH..


[T.A.M.A.T]




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...