"Everything Begins fRom HeRe..."

16.2.12

Saman Orang Ketiga | Perosak Rumahtangga




Pepatah mengatakan "Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi..".  Ungkapan 'Orang ketiga' bagi mereka yang telah berumahtangga merupakan satu ungkapan yang menggerunkan. Namun bumi mana yang tidak ditimpa hujan, langit mana yang tidak berdentum, sedangkan lidah jua tergigit. Kadang-kala saat sedang dan masih dibelai pun boleh hadir org ketiga dalam suatu perhubungan. Mungkin ramai yang tidak tahu dan sedar bahawa sebenarnya di dalam Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah terdapat peruntukan yang boleh mengaitkan orang ketiga ini. Kesalahan ini terdapat dibawah Kesalahan Pelbagai di bawa Enakmen Jenayah Syariah sebagai contoh merujuk Enakmen No.9 Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bahagian V- Kesalahan Pelbagai.  Pihak yang merasai bahawa mereka teraniaya (mangsa) disebabkan oleh orang ketiga ini boleh mengambil tindakan terhadap pihak ketiga ini dengan mengadu (membuat aduan) tindakan mereka tersebut ke bahagian penguatkuasaan agama untuk mereka ini disiasat dan seterusnya boleh didakwa oleh Bahagian Syarie sekiranya mereka terlibat dengan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam peruntukan enakmen tersebut. Tapi diingatkan sebelum nak pergi buat aduan tuh jadilah 'detective conan' dulu ke tuk kumpul bahan dan bukti tuk aduan ..k. So, pada yang nak jadi orang ketiga atau dah jadi orang ketiga berjaga-jaga yea...silap langkah kena juga ko nti ye nyah!!!



*sharing is caring ~ from infomasi yang saya kaji..


eNd

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...