"Everything Begins fRom HeRe..."

8.10.10

.:: Tabah yang hampir rebah ::.

Aidilfitri tahun neh telah menguji kesabaran kami sekeluarga..
3 hari kami menyambut hari raya dgn meriah sekali... meriah makanan, meriah silaturahim,meriah segala-galanya..DIA beri kami merasai keseronokan selama 3 hari tu.

Pagi 4Syawal [13September2010] seawal jam 3.30 pg, kekalutan semua yg ada berusaha memadamkan api yang berpunca dari lintas pintas di bilik anak buahku (berhadapan bilik aku sendiri). Syukur..si ibu kucing yang buta sebelah mata itu bersama anaknya mengejutkan mereka saat sedang nyenyak tido. secara tak langsung menyelamatkan semua nyawa 15 orang ahli keluarga ku ketika kejadian. Api terlalu cepat marak,dgn berbaju tido hanya sempat menyelamatkan handbag,laptop dan body set DSLR serta kereta sahaja. Luluh jiwa mengingatkan semua tu. Ujian dariNYA terlalu kuat buat aku dan keluarga kali ini. Saat dan ketika iti aku masih kuat menghadapi semua neh bila melihatkan keadaan abah yang melecur kedua belah telapak kakinya akibat terkena tikar getah yang terbakar. Ya aku masih kuat,lebih kuat menghadapinya berbanding dari kakak sulong ku. Namun beberapa perkara yang berlaku pada hari ke 3 dan ke 4 selepas kejadian, aku menjadi lemah..semangat ku mula patah,hati aku mula tak keruan..bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga batu pada kami. Namun melihatkan kekuatan abah ketabahan abah menenangkan kami semua adik beradik,aku juga perlu bangun. Aku curi sedikit kekuatan itu dari abah,ibu saudara ku juga yang x pernah henti mencurah kekuatan buat aku jugak dr teman yang rapat. Saat ini aku mula kenal kawan dan lawan.

hari ini..sy mulai rindu teratak yang telah mencecah 38 thn terbina itu..
saya rindu bilik sy..
saya rindu mau bergolek2 di ruang solat mak yg sgt dingin itu..
sy rindu kenangan2 sy membesar di rumah itu..
saya RINDU segala-galanya didalam rumah itu..

kini tiada lagi..telah menjadi dataran yang sgt lapang seperti padang bola...tiada lagi yang tinggal tuk kenangan ku masa kecil dan usia membesar disitu...

YA ALLAH...ujianMu tersangat berat tuk kami kali ini..
Engkau permudahkanlah urusan kami hambaMu ini...

7.9.10

.:: SalaM AiDiLFiTRi ::.


saya mengambil kesempatan ini ingin memohon jutaan kemaafan
andai kata selama ini ada
terkasar bahasa ku dalam berbicara
termarah yang tak kena tempat
tersasul yang tak sengaja
terpukul kat mana-mana
termoody tak semena-mena
terumpat bila ada cerita
termakan terminum tanpa izinnya
dan termacam-macam yang lain
sama ada sengaja atau tidak sengaja

buat semua...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431


[T.A.M.A.T]




30.8.10

Warisan

.:: Salam keMERDEKAan!! ::.

Buat semua rakyat Malaysia
sy mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan..
semoga negara kita MALAYSIA akan terus merdeka
anak muda adalah perintis masa depan negara..

~1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI~

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA!!







20.8.10

..: saNTai riDe t0 kRaBi,ThaiLanD :..


eceli neh entry tertunggak saya...neh antara xtvt sy sblom pose eheeee~cuti sambil bersantai. Ku pergi merehatkan segala2nya dari kesibukan hari-hari biasa.. trip neh sy j0in Penang Cops Biker [PCB] ride t0 kraBi. best sesangat,mule2 tuh ada la malu2 segan2 silu..ahaksss ye la x kenal sgt pun just join my uNCLe bike teaM. Alhamdullilah, blh masuk..dorg mmg sporting giler eheee~crediT thanxs t0 u aLL~ memang eNJoy ngan korang (^_^) Tak yah la aku berceloteh panjang..just see da pic okay~zassss layannnnn



our resort

Ao-nang beacH

sempat singgah sebelum balik ~floating market hatdyai~























manyak lg pic neh~see my FB laaa (^_^)

hope can joiN again f0r nexT trip :)

[T.A.M.A.T]

11.8.10

.:: Ahlanwasahlan Ya Ramadhan Kareem ::.


Salam Ramadhan..selamat berpuasa buat semua muslimin muslimat.
kesempatan ini, ku mohon dr semua kalian teman kemaafan dan keampunan andai ada salah dan silap ku tanpa aku sedari atau sengaja..semoga dibulan yang dinanti ini juga bulan yang penuh rahmat ini dpt dimanfaatkan sepenuhnya peluang yang dibuka tuk kita semua umat Islam.
semoga diriku juga dapat memperbaiki dan merebut peluang ini.
Amin.


[E.N.D]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...