"Everything Begins fRom HeRe..."

8.10.10

.:: Tabah yang hampir rebah ::.

Aidilfitri tahun neh telah menguji kesabaran kami sekeluarga..
3 hari kami menyambut hari raya dgn meriah sekali... meriah makanan, meriah silaturahim,meriah segala-galanya..DIA beri kami merasai keseronokan selama 3 hari tu.

Pagi 4Syawal [13September2010] seawal jam 3.30 pg, kekalutan semua yg ada berusaha memadamkan api yang berpunca dari lintas pintas di bilik anak buahku (berhadapan bilik aku sendiri). Syukur..si ibu kucing yang buta sebelah mata itu bersama anaknya mengejutkan mereka saat sedang nyenyak tido. secara tak langsung menyelamatkan semua nyawa 15 orang ahli keluarga ku ketika kejadian. Api terlalu cepat marak,dgn berbaju tido hanya sempat menyelamatkan handbag,laptop dan body set DSLR serta kereta sahaja. Luluh jiwa mengingatkan semua tu. Ujian dariNYA terlalu kuat buat aku dan keluarga kali ini. Saat dan ketika iti aku masih kuat menghadapi semua neh bila melihatkan keadaan abah yang melecur kedua belah telapak kakinya akibat terkena tikar getah yang terbakar. Ya aku masih kuat,lebih kuat menghadapinya berbanding dari kakak sulong ku. Namun beberapa perkara yang berlaku pada hari ke 3 dan ke 4 selepas kejadian, aku menjadi lemah..semangat ku mula patah,hati aku mula tak keruan..bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga batu pada kami. Namun melihatkan kekuatan abah ketabahan abah menenangkan kami semua adik beradik,aku juga perlu bangun. Aku curi sedikit kekuatan itu dari abah,ibu saudara ku juga yang x pernah henti mencurah kekuatan buat aku jugak dr teman yang rapat. Saat ini aku mula kenal kawan dan lawan.

hari ini..sy mulai rindu teratak yang telah mencecah 38 thn terbina itu..
saya rindu bilik sy..
saya rindu mau bergolek2 di ruang solat mak yg sgt dingin itu..
sy rindu kenangan2 sy membesar di rumah itu..
saya RINDU segala-galanya didalam rumah itu..

kini tiada lagi..telah menjadi dataran yang sgt lapang seperti padang bola...tiada lagi yang tinggal tuk kenangan ku masa kecil dan usia membesar disitu...

YA ALLAH...ujianMu tersangat berat tuk kami kali ini..
Engkau permudahkanlah urusan kami hambaMu ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...