"Everything Begins fRom HeRe..."

24.10.10

..: ia datang..datang & datang lagi :..




aku tak pinta untuk dia datang lagi..sbb bg aku rasa tetap sama seperti dulu utk kamu [mycobain] namun sukar aku berpatah balik..hmm tutup yea kisah itu!

tapi kali neh dia datang..datang... & datang lg..aku tak undang, malah sedaya aku bilang sama hati..namun mungkin takdir menentukan segalanya sedang aku hanya merancang..Cinta itu berputik kembali..

CINTA adalah satu nilai suci kurniaan dariNYA..
aku tahu aku tak mampu lagi tuk semua tu..
namun dia tetap dtg..datang bersama 1001 harapan yang penuh yakin..ya aku telah mula menyandarkan harapan padanya,aku telah mula memberi balas atas tangan yang dihulurkan..aku telah mula yakin dgn beberapa sebab..namun bagai aku mencurah air kasih salah pada lamannya..

Tuhan maha mendengar..DIA mendengar rintihan hati aku..
"andai aku dipermainkan lagi..tunjukkan aku Ya Allah"....
nahh..lantaran kau kabulkan rintihan hati aku..

kini dimana nilai cintamu???

Ya Allah kenapa aku yg kau pilih tuk semua ni..
aku tak betah tuk semua nie Ya Allah, aku tidak lagi kuat sebenarnya tuk semua dugaan2 MU. aku terbanyak di uji pada tahun ini..apakah ada janjiMU yang terbaik tuk ku.. tamparan hebat aku terima sedari awal tahun.. dahan tempat ku berpohon dan pokok tempat ku berteduh tidak lagi redup tuk kasih ku..aku redha [walau dlm paksa saat itu].

Menghitung kembali detik ku di uji dgn hebat bila pulangnya seorang abang tempat aku meluahkan segala rasa dlm keadaan yg sgt tragis.. kau hantar lagi ujian dgn persekitaran sekeliling tempat aku mencari rezeki..aku berundur, aku kembali pada ayah bonda moga terubat. rupanya kau dekatkan aku dgn ayahbonda kerana Kau mahu antar ujian yg sgt hebat dlm keluarga kami..sekelip mata kami hilang segalanya, bagai jatuh ditimpa tangga lagi..hilang tempat tinggal kemudian dihalau keluar dr menumpang banglo saudara seniri di hadapan tapak rumah yg asal..aku telah mula jatuh namun abah hulurkan tangan mengheret aku tuk bangun..mula kami tuk melangkah..Kau uji lagi Ya Allah..kau tarik lg harta dunia kami..abah hilang arah abah bagai terjelepuk dilantai..aku yang rebah sedaya bangun tuk bimbing tangan ayah dan bonda..aku rela korban segalanya..aku pura senyum aku pura kuat tuk itu walau dalam keadaan kesihatan tak mengizinkan..belum pun aku mampu melangkah setapak Kau hantar lg dugaan..rupanya sakit ku kerana 'hadiah' dr teman yg syg kn aku..sampai hati mereka..susu aku beri tp tuba aku disimbah..aku juga hilang arah..saat itu bg ku mujur masih ada yg sayang, aku masih punya 'dia kekasihku' tempat aku meluahkan rasa tempat aku menangis. rupanya disitu juga aku di uji, tuhan makbulkan doa aku saat itu...dia membuka kebenaran siapa 'dia' pada saat itu..YA TUHAN sgt kerdil aku rasa diri ini saat itu..laut luas terbentang seperti melambai aku..aku tidak mahu menjadi kejam..aku bukan seorg yang suka merampas hak orang lain..aku kembalikan hak pada yang asal. derita di hati..senyum aku senyum tipu,gelak aku gelak bohong..tapi KAU hadiah aku kekuatan berdepan dgn mereka demi tuk melihat mereka bahagia.. tapi aku????? letih menanggung keseorangan.

apa janjiMU pada aku sebenarnya Ya Allah..aku benar-benar diuji..hebat tanpa henti..
YA Allah..aku sudah hilang segalanya..aku kembali padaMU. aku menyerahkan diri aku pada MU. Kurniakan mereka insan-insan yang aku sayang dengan kebahagiaan yang KAU redha ke Akhirat sana. Amin.

[e.N.d]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...