"Everything Begins fRom HeRe..."
Showing posts with label ingat-mengingati. Show all posts
Showing posts with label ingat-mengingati. Show all posts

25.8.11

:: Pesan RAMADAN ::




Aku lihat RAMADAN dari kejauhan... lalu ku sapa ia, "Hendak kemana?"
dengan lembut ia berkata, 
"Aku harus pergi, mungkin lama..Tolong sampaikan pesanku utk orang yang bernama 'MUKMIN'. SYAWAL akan tiba sebentar lagi... :) Ajak lah SABAR untuk menemani hari2 dukanya, peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan taqwa!!"

Dan dalam sendu aku melepas, sesungguhnya aku belum puas bersamamu RAMADAN,
belum dapat erat aku memelukmu,
Doa ku..semoga kita dapat bersua lagi 
wahai RAMADAN yang aku kasihi..
Ya Rabbal A'lamin


[t]A[m]A[t]

14.8.11

:: Menjadi Isteri Diredhai Allah ::


Sangat tertarik dengan artikel yang saya baca kali ni di harian metro online..ini artikel kira2 sebulan yg lalu.. ok j0m kita baca dan mudah2an ilmu ini dapat dikongsi bersama dan dimanfaatkan.. Insyaallah saya sehabis baik akan mempraktikannya~





TIADA lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah, bersederhana serta mempunyai watak menarik.
Ia dikira ‘pakej lengkap’ bagi seorang wanita selepas sifat kesempurnaan seorang isteri itu subur dalam diri mereka. Dalam melayari kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri perlu memiliki kekuatan mental dan fizikal.

Mereka perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran asas rumah tangga dan meminta pandangan dan nasihat daripada golongan berpengalaman seperti ibu bapa mereka.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)
Ketaatan isteri kepada suaminya memudahkan mereka mendapat syurga Allah s.w.t di akhirat kelak kerana ketaatan terhadap suami menjadi ukuran kepada keredaan-Nya.
Diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam Israk Baginda di mana kebanyakan penghuni neraka adalah kaum wanita iaitu termasuk wanita derhaka kepada perintah Allah s.w.t dan suaminya.
Isteri yang taat dapat dinilai melalui bicaranya yang memperlihatkan kelembutan dan kesopanan, mereka juga tidak sesekali memerintah suaminya, berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, apabila suami masuk atau keluar rumah mereka menyambut suami dengan penuh mesra, sentiasa menghormati keluarga suami, bersyukur dengan apa yang disediakan suami serta tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak berlaku dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami itu menjurus kepada dosa dan kemaksiatan isteri dibenarkan membantah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki ke atas wanita.”
Berhias untuk suami juga penting dalam mengekalkan keharmonian hidup suami isteri. Namun isteri hanya boleh memperlihatkan perhiasan hanya buat suami mereka saja.
Ia bertujuan untuk menjadikan suami mereka terhibur. Bayangkan jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih namun apabila melihat muka isteri berseri-seri pasti akan menimbulkan suasana tenang kepada suami.
Keletihan mencari rezeki akan menjadi hilang malah membangkitkan lagi perasaan kasih sayang terhadap isterinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dari Jabir ra. Dia berkata: ‘Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana lama ditinggalkan suaminya.’”
Selain itu, hubungan intim juga antara penyumbang kepada kebahagiaan sebuah rumah tangga. Sebab itu, isteri perlu memberi layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuannya.
Terdapat banyak kes membabitkan pasangan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan sehingga sampai ‘berperang besar.’
Perkara sedemikian perlu dielakkan kerana ia mencetuskan suasana tegang antara pasangan.
Isteri hanya boleh menolak permintaan suami dalam keadaan tertentu seperti dalam keadaan sakit atau dalam keadaan dilarang syarak untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid.
Kemuliaan dan ketaatan isteri di mata suami akan lebih terserlah apabila mereka mampu menjadi teman berunding apabila suami menghadapi masalah.
Isteri perlu tahu ketaatan mereka kepada suami adalah perintah daripada Allah s.w.t. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.
Ulama asy-Syafi’eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari melakukan ketaatan yang wajib terhadap suaminya. Antara perkara yang menunjukkan isteri nusyuz terhadap suaminya ialah keluar rumah tanpa keizinan suami.
Fuqaha bersepakat mengatakan haram hukumnya seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya. Mereka dilaknat selagi mana tidak melakukan taubat.









Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Islam meletakkan beberapa tindakan dalam menangani masalah isteri nusyuz antaranya ketika nampak tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atau berpaling atau isteri menjawab percakapan suaminya dengan suara kasar maka sunat ke atas suami memberi nasihat.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.” (Surah an-Nisa: 34)
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Nasihatilah kaum wanita secara baik kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik.” (Hadis riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 1468)
Justeru buat isteri, rebutlah peluang mudah jalan menuju ke syurga dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah serta mentaati suami.

Dari petikan artikel harian metro.
Sekian.

----> incik asbeN-doakan sy yg terbaik buat kamu ya! (*_*)

[eNd]



16.7.11

:: Nisfu Syaaban ::



Alhamdulillah..masih berkesempatan bernafas di malam yang penuh erti ini. Rata-rata surau dan masjid pastinya meriah pada malam ni bersama-sama mengambil kesempatan yang diberikan Pencipta Yang Esa. Malam Nisfu Syaaban juga dikatakan malam pengampunan, dimana 'diari catatan' kiri & kanan setiap insan akan ditukar ganti yang baru.. usai Asar menjelangnya Maghrib maka 'diari catatan' semasa akan bersedia ditutup dan maka diganti dengan'diari catatan' yang baru masih kosong sebaik Maghrib menyapa. Amalan kebiasaannya pada malam ini, sebaik selesai solat Maghrib maka akan disambung dengan bacaan surah Yassin sebanyak 3x berserta doa-doa dan amalannya, dan selepas itu disambung dengan solat Isya'. Ada juga yang mengiringi malam ini dengan puasan pada hari sebelum dan selepasnya. 

Sebagaimana yang tersebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a :
Rasulullah SAW telah bangun pada malam  (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dengan lamanya sujud sehingga Saiyidatina Aisyah r.a fikir baginda wafat. Setelah selesai solar Baginda berkata kepasa Saiyidatina Aisyah r.a :  "Malam ini adalah malam Nisfu syaaban, sesungguhnya Allah Azzawajalla telah datang kepada hambanya pada mlm ini dan memberikan pengampunan kepada mereka yang beristigfar dan memeberi rahmat keatas mereka yang memberikan rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki"

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat dan digantikan dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatat didalam buku baru sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (pada hari 14hb Syaaban). 

MasyaAllah hebatnya aturan Mu Ya Allah buat hamba-hambamu.. Engkau Maha Pengampun...

Semoga kita dapat memulakan catatan dibuku baru dengan lebih indah dari buku yang telah diangkat itu..Insyaallah..

[T] [A] [M] [A] [T]

29.6.11

:: Salam Israk & Mikraj ::



Kalo Ramadhan bulan utk umat Islam dikurniakan Malam Lailatul Qadar.. Manakala Syaaban pula adalah bulan utk Kekasih Allah junjungan mulia kita Rasulullah SAW dikurniakan Malam Nisfu Syaaban.. dan Rejab adalah bulan Allah SWT juga punya hari teristimewa iaitu Malam Israk & Mikraj.. jom kita renungi bersama sejarah yang berlaku pada malam 27 Rejab yang lalu..

Pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi Muhammad ke Madinah Munawwarah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Ia bukti penting terhadap kekuasaan, kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Israk membawa makna perjalanan Nabi Muhammad pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis.

Selepas Baginda menceritakan apa yang terjadi padanya kepada masyarakat, orang kafir terus mengejek dan mendustakan Baginda.

Namun, mereka yang membenarkan Baginda, tetap utuh seperti Saidina Abu Bakar.

“Jika Baginda mengatakan bahawa Baginda diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya,” katanya.

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Saidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan RasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq.

Selepas Rasulullah s.a.w menegaskan Baginda diisrakkan Allah maka ada seorang yang meminta supaya Baginda mengangkat kaki kanannya lalu Baginda terus melakukannya.

Orang itu menyuruh Nabi Muhammad mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu Baginda menyatakan bahawa Baginda tidak mampu mengangkat kedua-dua kakinya secara serentak.

Selepas mendengar kata-kata Nabi Muhammad, orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa Rasulullah diisrakkan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun Baginda tidak mampu.

Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu Baginda meminta agar dia menemui Saidina Umar al-Khattab. Selepas menemui Saidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang.

Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu.

Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Saidina Umar mengenai tindakan yang dilakukan terhadap orang itu. Saidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah dalam masalah Israk dan Mikraj, tetapi Baginda menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana murtad, bukannya untuk menerangkan masalah Israk dan Mikraj.

Sepanjang perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah diantaranya:


1. Apabila Baginda tercium bauan harum Masyitah dan keluarga yang syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim.

Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang panas menggelegak demi keimannya kepada Allah.

Masyitah adalah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun.

2. Dalam peristiwa itu juga Allah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj.

Sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah selepas peristiwa terbabit.

3. Baginda turut menyaksikan sekumpulan manusia yang sedang menghantuk dan cuba memecahkan kepala mereka sendiri. Setiap kali dicuba, kepala yang pecah itu kembali bertaut kembali dan sembuh dari luka-luka.

Mereka melakukannya berulang-ulang kali, tetapi tetap sembuh dan kembali ke kedudukan asal.

Rasulullah diberitahu Malaikat Jibril bahawa itu adalah balasan kepada orang yang berat kepala untuk sujud (bersembahyang).

4. Dalam peristiwa yang lain, Rasulullah turut menyaksikan sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain sedang dihalau sebagaimana menghalau binatang peliharaan.

Pada masa yang sama, sekumpulan manusia itu memakan bara api dan batu-batu panas dari neraka jahaman. Menurut keterangan Jibril, mereka adalah golongan yang tidak mengeluarkan zakat harta benda sepanjang hayatnya.

5. Kejadian lain yang disaksikan Rasulullah sepanjang perjalanan itu ialah sekumpulan pasangan manusia (lelaki dan wanita) yang sedang memakan daging busuk sedangkan di sebelahnya ada terhidang daging masak.

Ia menjadi simbol kepada mereka yang suka berzina sedangkan masing-masing sudah mempunyai isteri atau suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu (orang yang memakan riba)

7. Lelaki yang menghimpunkan seberkas kayu, tetapi tidak berupaya memikulnya dan terus menambahkan bilangan kayu (orang yang tidak dapat menunaikan amanah, tetapi terus menerima amanah yang baru)

8. Sekumpulan manusia yang menggunting lidah berkali-kali, terus barcantum walaupun dilakukan berkali-kali (orang yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah)

9. Sekumpulan mereka mencakar-cakar muka dan dada sendiri dengan kuku tembaga (orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain)

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari satu lubang yang sempit tetapi tidak dapat memasuki lubang itu kembali (orang yang bercakap besar, walaupun menyesal tetapi terlambat)

11. Seorang perempuan membawa dulang penuh perhiasan, tetapi tidak menarik perhatian Rasulullah (orang yang tertarik dengan harta benda, tetapi Baginda tidak tergoda)

12. Seorang wanita tua menyuruh Rasulullah berhenti, tetapi tidak dihiraukan (orang yang mensia-siakan umurnya) dan perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah bertanyakan sesuatu (gambaran umur dunia yang tua dan sedang menunggu saat kehancurannya iaitu kiamat).

13. Sebaik Baginda tiba di Masjidil Aqsa dan turun dari Buraq, Rasulullah mengerjakan sembahyang dua rakaat bersama para anbia dan mursalin.

Baginda sendiri mengimamkan sembahyang berkenaan dan selesai bersembahyang, Rasulullah terasa amat dahaga lalu Jibril menghulurkan dua bekas di mana satu berisi susu dan satu lagi mengandungi arak.

Baginda memilih bekas yang mengandungi susu dan diminumnya. Pilihan Rasulullah menggambarkan sikap terpujinya kerana tidak memilih minuman haram sebagai symbol kepada kesesatan dalam memimpin umat.



Dedikasikan tuk semua saudara seIslam saya;
jua buat ingatan diriku n beloved myHeart~

[t][a][m][a][t]

24.6.11

:: Formula Kejayaan ::




Kejayaan merupakan impian semua orang. Semua orang ingin berjaya. Ada orang mungkin ingin berjaya di dunia sahaja. Ada orang mungkin akhirat sahaja. Ada orang inginkan keduanya. Yang mana satu pilihan kita, kita yang memilihnya.
Banyak program motivasi yang meceritakan tips-tips untuk berjaya. Bermula dengan pemakanan yang sihat, tidur yang cukup, senaman setiap hari, belajar dengan kosisten dan macam-macam lagi. Pendek kata, andai kita menghadiri program motivasi, pasti jenuh tangan menulis dan menyalin tips untuk berjaya. Mudahnya, berjaya tidak semudah dikata =)
Kejayaan mempunyai daya tarikan yang unik. Semua orang akan tertarik kepada kejayaan. Cuma yang peliknya kenapa bukan semua orang berjaya?
"Kejayaan adalah tabiat!
Orang yang berjaya adalah orang yang secara konsistennya berjaya. Keupayaan untuk menjadikan kejayaan itu sebagai satu tabiat adalah satu kejayaan sebenarnya.
Kejayaan itu bersifat 'konsisten dan terus', sebab itulah ia merupakan satu 'tabiat'. Tabiat itu adalah sesuatu yang selalu kita ulang-ulang dan akhirnya menjadi kebiasaan. Maka kalau kita selalu berdampingan dengan kejayaan maka kita akan sentiasa mengulang kejayaan.
Untuk mula berdampingan dengan kejayaan, mulakan dengan perkenalan dengan orang-orang yang berjaya. Memahami kehidupan orang yang berjaya akan memastikan kita jelas jalan untuk berjaya.
"Point yang kedua adalah kejayaan merupakan satu proses." 
Proses memerlukan masa. Sabar dan istiqamah adalah dua persediaan diri yang perlu ada untuk berjaya. Semakin besar kejayaan yang ingin kita capai, semakin tinggi kesabaran dan istiqamah yang perlu ada dalam diri kita.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Cukup tepat sekali pepatah lama yang sudah berkurun usianya.
"Yang terakhir, kejayaan itu cukup untuk semua orang. Namun hanya yang berusaha untuk berjaya sahaja yang akan mendapat kejayaan!"

[T] [A] [M] [A] [T]

2.6.11

:: Rejab Datang Lagi ::

assalamualaikum wbt..

Syukur Ya Allah..KAU masih beri aku peluang untuk menjadi tamu di bulan Mu ini. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH. Kau mengangkat darjat bulan ini dengan beribu ganjaran dan syafaat yang kau berikan. Alhamdulillah juga aku berkesempatan berpuasa menyambut bulan MU ini. Semoga dapat ku teruskan niat ini. Kurniakan aku Ya Allah kesihatan yang sempurna untuk bersama menyempurnakan bulan MU ini. Kesempatan ini suka untuk saya memperingati diri saya & juga kongsi dengan semua akan syafaatnya. Semoga sama-sama dapat kita manfaatkannya.


“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”


--> KELEBIHAN BULAN REJAB

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.



-TAMAT-

22.5.11

= Bila Izrail Menjemput Pulang.... =

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
AlhamdulilLah, segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT
Kerana di kala ini masih lagi kita dikurniakan
Dengan nikmat kehidupan
Yang membisakan kita untuk terus bernadi
Memperhambakan diri kepada-Nya

kesempatan usrah semalam sempat mengupas dan menghuraikan maksud dari surah Yunus ayat 43-61. Terpikir sejenak saat menghuraikan maksud satu baris ayat iaitu ayat 46 yang membawa maksud: "Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaat pun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya"

Dan bila tiba saat dijemput itu...Maka terputuslah segala amalan, Kecuali 3 perkara yang ditinggalkan..iaitu doa dari anak-anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat..

Ya Allah hu ya rabbi..aku hambaMu yang masih jahil,masih jauh tandingan tuk bersama para syuhada'. Syukur aku Kau selalu memberi aku peluang dan jalan tuk aku ke jalanMu walau kadang aku alpa..Kurniakan aku zuriat yang soleh-solehah..moga mereka mampu mendoakan aku ketika pulang kepadaMu..amin ya rabb..


>>PERGI TAK KEMBALI..RABBANI<<

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


END

21.4.11

.: CaNTiK :.




Cantik itu adalah anugerah. Namun, pcaya @ x, cantik itu juga sebenarnya merupakan 1 ujian. Tapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah & licin tapi tak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap & biasa saja tapi begitu manis dipandang. Cahaya iman mungkin?
Namun,Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yg mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur krn tak perlu berat kepala memikirkan bagaimana utk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka & sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

& paling blh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yg boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dgn rupa paras menarik. Pasti ramai yg mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya mjadi pilihan utk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tak kira samada pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, x semena-menanya deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa.

Si cantik juga seringkali mjadi mangsa jerat cinta si jejaka yg mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta jg. Bukankah itu adalah 1 ujian? Lebih baiklah mereka yg sederhana paras rupa, yg diyakini disayangi bkn kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yg berasa kurang senang dgn kecantikan yg dimiliki orang lain & seringkali wujud segelintir si cantik rupa yg memandang rendah pd yg lain hanya krn mereka memiliki aset wajah menarik.

Apapun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat & x mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yg seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dgn apa yg ada krn semuanya tidak kekal selamanya.


nota kaki: just share bahan yg sy baca..renung-renungkan & selamat beramaL... :)

tamat-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...