"Everything Begins fRom HeRe..."

8.6.11

:: MusiM taweN-taweN ::





Lumrah bila cuti sekolah bermula makanya banyaklah jemputan & undangan walimah yang diterima dari sedara-mara,rakan & kenalan.Tiada aral maka adalah kami disana. Kisahnya juga musim ini memang membantu mengisi poket2 mak2 & pak2 andam, tukang merakamkan gambar/video & mereka2 yang bertangan seni [cenderahati]. Alhamdulillah SnapGun sy & myBie juga turut beraksi tembak menembak merakamkan kenangan sang raja sehari.. Okies namo celoteh panjang y0k neng0k pic...
~SeLamaT PenganTin Baru..semoga berbahagia melayari bahtera dengan keredhaanNYA hingga ke penghujung hayat~









[eNd]

2.6.11

:: Rejab Datang Lagi ::

assalamualaikum wbt..

Syukur Ya Allah..KAU masih beri aku peluang untuk menjadi tamu di bulan Mu ini. Bulan Rejab adalah bulan ALLAH. Kau mengangkat darjat bulan ini dengan beribu ganjaran dan syafaat yang kau berikan. Alhamdulillah juga aku berkesempatan berpuasa menyambut bulan MU ini. Semoga dapat ku teruskan niat ini. Kurniakan aku Ya Allah kesihatan yang sempurna untuk bersama menyempurnakan bulan MU ini. Kesempatan ini suka untuk saya memperingati diri saya & juga kongsi dengan semua akan syafaatnya. Semoga sama-sama dapat kita manfaatkannya.


“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”


--> KELEBIHAN BULAN REJAB

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.



-TAMAT-

30.5.11

:: again N again ::




Sudah lali dgn keadaan ini barangkali..tapi kali ini agak lama & ke 3 teruk yg aku rasai..bagai diberi peluang nyawa ke 3. Syukur,ku kira jarang kita diberi peluang..peluang dan peluang. kesempatan diberi ini ku ambil untuk perbaiki dan terus perbaiki kekurangan yang ada. aku hambaMu yang sangat kerdil. Saat kesakitan ini bertamu lagi aku redha sebagai kifarah mengurangkan catatan di 'kitab' kiri saya. Meniti langkah bagai anak sedang bertatih saat itu..genangan airmata anak kecil minta dibantu @ menginginkan sesuatu tapi genangan airmataku menahan kesakitan yang aku rasai saat itu. sayang aku ada kamu.

22.5.11

= Bila Izrail Menjemput Pulang.... =

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
AlhamdulilLah, segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT
Kerana di kala ini masih lagi kita dikurniakan
Dengan nikmat kehidupan
Yang membisakan kita untuk terus bernadi
Memperhambakan diri kepada-Nya

kesempatan usrah semalam sempat mengupas dan menghuraikan maksud dari surah Yunus ayat 43-61. Terpikir sejenak saat menghuraikan maksud satu baris ayat iaitu ayat 46 yang membawa maksud: "Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan, Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaat pun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya"

Dan bila tiba saat dijemput itu...Maka terputuslah segala amalan, Kecuali 3 perkara yang ditinggalkan..iaitu doa dari anak-anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat..

Ya Allah hu ya rabbi..aku hambaMu yang masih jahil,masih jauh tandingan tuk bersama para syuhada'. Syukur aku Kau selalu memberi aku peluang dan jalan tuk aku ke jalanMu walau kadang aku alpa..Kurniakan aku zuriat yang soleh-solehah..moga mereka mampu mendoakan aku ketika pulang kepadaMu..amin ya rabb..


>>PERGI TAK KEMBALI..RABBANI<<

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


END

7.5.11

.: Hepi Mom's day :.


i luv u mom...




Kasih ibu membawa ke syurga..tanpa ibu tiadalah saya..terlalu banyak yang kau berikan dan baru sedikit aku membalasnya..Tuhan izinkan aku membalas segala jasanya dan buatkan ia bahagia...Salam selamat hari ibu buat bonda yang tercinta; Puan Seri Hjh Zubaidah Hj Ibrahim.. juga buat umi tersayang, ibu pengorbananmu ku sanjung tinggi..mak tQ lahirkan anakmu itu buat peneman hidup ku.. & buat semua yang bergelar ibu..tak ternilai jasa seorang ibu itu... semoga mereka semua diberkati selalu..insyaallah..amin.


>>eND<<

3.5.11

- 03 - 05 - 11 -




Tanpa ada lagi ucapan selamat, tanpa ada lagi huluran bungkusan teristimewa di tarikh keramat keputeraan kamu ditahun kelima selepas pemergianmu itu..namum aku tidak pernah lupa berikan kamu hadiah paling istimewa dengan iringin ALFATIHAH & YASSIN tiap bertandang tarikh ini dan juga pada kenangan2 lalu bersama. Kau yang pernah hadir bagaikan udara yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia...kau takkan dapat aku lupakan kerna kaulah punca cinta kita mengajar aku erti bahagia...kirimkan semangatmu buat temani aku yang hampir tewas tiap kali di uji...

ALFATIHAH ... ihzuafi alsyed

2.5.11

.: Frozen Little Bird : Lesson To Be Learn :.

A little bird was flying south for the winter.
It was so cold the bird froze and fell to the ground into a large field.
While he was lying there, a cow came by and dropped some dung on him.
As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was.

The dung was actually thawing him out!
He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy.
A passing cat heard the bird singing and came to investigate.
Following the sound, the cat discovered the bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him..~








Moral of the story:

1. Not everyone who shits on you is your enemy.

2. Not everyone who gets you out of shit is your friend.

3. And when you’re in deep shit, it’s best to keep your mouth shut! :D

<
eNd>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...