"Everything Begins fRom HeRe..."

24.4.11

.::The Appreciate Cake from da best ever team::.


wishes tu pun dah buat terharu kan..

~Tiada kata secantik bahasa..Tiada gambar secantik lukisan.. Walau musim kan berubah.. juga suasana kan bertukar.. tapi ingatan mesra kami sikit pun takkan longgar~
thanxs f0r eveRytHing... u r staring 1 in a miLLion!!



nota kaki:~
syahdu sangat-sangt.. sedihkan bile kita tpaksa bpisah bile da serasi..tp tuk future we need t0 improve n rezoning (kuar dr zon selesa)..selamat maju jaya tuk semua :)


tamat

21.4.11

.: CaNTiK :.




Cantik itu adalah anugerah. Namun, pcaya @ x, cantik itu juga sebenarnya merupakan 1 ujian. Tapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah & licin tapi tak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap & biasa saja tapi begitu manis dipandang. Cahaya iman mungkin?
Namun,Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yg mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur krn tak perlu berat kepala memikirkan bagaimana utk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka & sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

& paling blh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yg boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dgn rupa paras menarik. Pasti ramai yg mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya mjadi pilihan utk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tak kira samada pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, x semena-menanya deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa.

Si cantik juga seringkali mjadi mangsa jerat cinta si jejaka yg mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta jg. Bukankah itu adalah 1 ujian? Lebih baiklah mereka yg sederhana paras rupa, yg diyakini disayangi bkn kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yg berasa kurang senang dgn kecantikan yg dimiliki orang lain & seringkali wujud segelintir si cantik rupa yg memandang rendah pd yg lain hanya krn mereka memiliki aset wajah menarik.

Apapun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat & x mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yg seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dgn apa yg ada krn semuanya tidak kekal selamanya.


nota kaki: just share bahan yg sy baca..renung-renungkan & selamat beramaL... :)

tamat-

.:Rahmat KasihMU:.


Tiada tempat yang boleh menandinginya~disinilah letaknya ketenangan abadi

"Labbaikallah Humma Labbaik, Labbaikala syari kalaka labbaik, Innalhamda, wanniqmata, Lakawalmulk, La syari Kallak"

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah, Hamba-Mu datang menyahut panggilanmu
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tidak ada sekutu bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian
Dan nikmat
Dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu
Tidak ada sekutu bagi-Mu


ALHAMDULILLAH..dengan izinNYA semua selamat kembali ke tanah air..
Tuhan KAU Maha Pencipta sekelian alam..tiada tandingan tiada bandingan RahmatMu hanya pada yang terpilih. Pada yang mengabdikan diri padaMU KAU beri ketenangan yang seenaknya,Kau permudahkan segala urusan hambaMU yang meminta, Kau tunaikan janjiMU bila kehendakMU dipenuhi..amin syukur aku sebagai umat mu Ya Muhammad SAW.
Semoga diseru lg aku menjadi tamu MU bersama suami kelak..InsyaAllah..

tamat..

27.3.11

.:: Lambaian KasihMU ::.



"LABAIKALLAH..HUMMALABAIKK..LABAIKALAH SARIKALAKALABAIK..INNALHAMDA WAL NI'MATA LAKAWALNUR..LA SARIKALAH.."

Laungan itu..teriakan itu sudah cukup buat hamba2MU tersedu2 menitiskan mutiara indah..titisan air mata rindu bagi yang pernah menjejaknya..titisan airmata kasih bg yang mengimpikannya..Syukur atas peluang yang ENGKAU berikan..

Ya Allah..Ya Rahman Ya Rahim..Kau telah memilih hambamu untuk menjadi tetamu di tanah suciMU tanah al-haram itu..maka dengan itu juga hambamu memohon agar KAU berikan kekuatan untuk mengabdikan diri pada MU Pencipta sekalian alam. Moga terampun segala khilaf hambaMu yang jahil dialam ini.. moga sampai kucupan Hajarul Aswad.. moga tiba di puncak Jabbal Rahmah dimana semua doa dimakbulkan disitu.. moga ibadah insan kerdil diterima di tanah suci Mu itu. Seandainya mata terpejam rapat menunaikan janji dijemput pulang..ketahui disaat itu telah pun hambamu ini memaafkan semua kekhilafan hamba2 Mu yang lain terhadap diri ini,tiada dendam tiada hasad..jua itu yang diharapkan dr hamba2 Mu yang lain..Insyaallah..


notakaki:
ALLAH telah berfirman : blh jadi yang buruk bagimu itu adalah yang terbaik dari DIA utk mu dan blh jadi yang terbaik bagimu itu adalah buruk dariNYA..kita hanya Merancang DIA juga yang menentukan..

.: Sesegar senyum mu...AL-FATIHAH :.

...kisah setahun yang lalu...segar dalam ingatan sesegar senyummu sepanjang masa.
"abg,apsal balik ngn bas je kali neh..slalu driving or fly?"
"ala...saja nk ajaq k.yan n bdak2 tuh naik bas, n sok pg naik lrt je balik umah.."
" hahaa..konfom teruja bdak2 tuh kan.."
"tu la,bukan apa sok kalo apa2 jadi abg xdak dah so x jd masalah la depa nk bgerak.."
diam sejenak..
"Danish neh budak baik, x risau kalo nk tinggal,suma dhya tuh manja sikit tp nti lama2 ok la...kan baby kan.." dhya si anak kecil yg original copyrite my face anggukkan kepala smbail sengih dan lari peluk daddy..
.."abg igt nk order batu2 kecik la tuk kubur tuh..tgk cam tanah dah mendap sikit,kalo dah letak batu2 tuh baru la elok sikit kalo kita nak pi kan..hmm sbelah kubur t0k tuh sapa la nanti kan.."
"ishhh apsal abg neh duk ckp mcm tuh.."
" lah..saja laa peringat la kita semua nti mati jugak tau..apa2 jadi pun igt ALLAH yang 1,DIA sentiasa dgn hambanya..."




kini setahun telah berlalu..
berita tragis maut di rempuh oleh pemandu mabuk di stesen minyak menggemparkan pelusuk negara ketika itu..di tambah dgn video rakaman cctv kejadian di merata-rata tersebar..kami goyah, rebah menerima itu seolah2 juga mambawa kami pergi bersamanya.. begitulah akrab kami semua hingga bila sorang sakit semua terkena tempiasnya.. dia abang kami semua.. sungguhpun perempuan mabuk itu jugak telah mati kerana bunuh diri terjun dr tingkat 10 akibat tekanan perasaan,[benar kata abah..darah dibayar darah,itu jnji turun temurun darah pahlawan yang mengalir dlm setiap tubuh kami] namun abang tetap tidak kembali dan tiada tandingan...anak yg sgt taat, daddy yg sangat penyanyang, abang yang sangat bertanggungjawab, suami yang sgt kasih..seorang yang peramah, pemurah, sangat baik hati, murah senyuman, ringan tulang, tidak pernah mengeluh, sanggup bkorban apa saja demi orang2 tersayang..itulah abang kami.. Ya Allah, tempatkanlah dia bersama orang2 yang beriman,para syuhada'..bersama keluarga kami disana. insyaallah..

21.3.11

.:: Pelangi Dalam Mendung ::.

MENDUNG = sbb aku sedang melalui saat-saat getir..diuji lagi kali ini dalam kerjaya ku.. [Ya Allah..aku terima ujian ini tapi jangan Kau datangkan sakitku itu disaat ini..gusar aku x mampu menanggung dan menelannya sendirian lagi..]

PELANGI = baru sedetik lepas menerima kejutan panggilan fr0m da best ever fren n partner..impian ini terkabul jua.. penyerahan hak milik sepenuhnya VIOLET STUDIO.. makanya secara rasmilah i'm da owner.

ALHAMDULILLAH kini miliki lensa demi lensa bertambah..thanxs a lot AS n hubby.. Insyaallah aku ingat pesan ko smpai bile2 n mungkin bakal menyusul mcm ko juga tenaga pengajar bidang snap2.. Partner baru???..hurmmm sedang ku fikirkan..barangkali sama seperti kamu..suami adalah rakan kongsi biznes yg terbaik.. moga dia berminat berkecimpung dunia f0t0 ini juga..insyaallah! LOGO...hmm anybody can help me..to create da new design..

NEXT step ----> sedang merangka tuk membuka sebuah cafe konsep ala santai.. Insyaallah moga dipermudahkan..




pic:koleksi hasil kerjaku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...