"Everything Begins fRom HeRe..."

30.12.11

.:: Year End Review ~2011 ::.



2011
Banyak menguji diri
suka duka
bahu yang menggalas tabah yang rebah
di sini kami jatuh 
di sini kami bangun
di sini kami kenal
siapa kawan 
siapa lawan

dari semua ini
kami semakin erat dalam ikatan
keluarga
saudara mara
sahabat saat aku menangis
penutupnya..aku punya 'teman' disisi

j0m ikut saya review f0r year 2011
.
.
.
.

Januari - Jun
~ Kami sekeluarga mula untuk bina kembali apa yang telah ranap. Tapi agak terhad sebab saat2 ini abah sedang sakit sejak november sebelumnya. Usaha demi usaha dan apa saja utk abah.. Alhamdulillah dengan izinNYA abah beransur sihat. Menunaikan nazar mak jika abah sihat..maka berangkatlah Bunda & abah ke Tanah Suci menunaikan umrah. Seminggu selepas kepulangan mereka, makanya saya rasminya berpindah kembali ke rumah baru kami di tapak yang asal [sebelumnya sy masih menetap di jitra umah yg dipinjamkan makcik]. Demi keluarga pengajian saya tangguhkan agar semua kembali stabil. tiada apa yang menarik di setengah tahun pertama. tapi saat ini kami kenal siapa kawan siapa lawan..

Julai - Disember
~ Bermula episod bunga dihati sy juga buat keluarga & yang rapat dgn kami. Bila hasrat direstu tiada kata yang terungkap alhamdulillah. Impian terlaksana menjadi kenyataan. Julai tanda kami diikat rasmi. selebihnya ada masa saya membuat persediaan utk hari bahagia. Ogos- raya yang hanya ala kadar bagi kami namun meriah dengan kunjungan saudara yg kebanyakan bertandang menziarah teratak yang ibarat baru tumbuh ini. September - Oktober.. bulan kami diuji..adatlah bila berdarah manis. namun kami melepasinya. Penantian ibu & bapa saudara sy utk menunaikan haji juga berakhir apabila mendapat khabaran lambaian Kaabah. lebih menggembirakan apabila dua beradik ke sana [pakLang,MakLang&PakJang,Makjang]. 15nov-telah ditetapkan kembalinya di Tanah Suci tempat yang penuh barakah, Pakjang telah kembali kerahmtullah di MakahtulMukarramah.sebak seisi keluarga, Arwah tersangatlah baik hati..tidak pernah berkira, dia banyak membantu selepas tragedi 13sept. ALFATIHAH tuk allahyarham.

20.11.2011 - its my bigDay~ officially i'm mrs Azrin. Alhamdulillah. :) Doakan kebahagiaan kami berpanjangan ke akhir hayat yea.
04.12.2011 - reception @ inLaw house.
kisah kami disini..

nah kasi review skit myBigDay


Penutupan tahun yang membahagiakan buat saya
Insyaallah

Selamat Tinggal 2011
saya sayang kamu


eNd


29.12.11

:: Misi mencari yum Yum ::

Tekak saya nak makan ni
nak sangat2..
tapi kan time mencari la takde plak terjumpe
haduiiii
masih terus & terus mencari...
nak jugak
.
.
.
.
.
.
makanan ni
.
.
.
.
.
.
.
.
rainBow cake

ehee sbb nye malas nk buat seniri takot x menjadik!!!

plzzzz...plzzzz.....plzzzzzzzz


eNd

:: Menimbun di Penghujung ::


Menimbun??? ape tuh.. penghujung ape plakk???
hadey..nilah kesahnye biler ujung tahun
t0day adalah hari terakhir berkerja bagi tahun 2011
tp akhir ker?
huhuuu standard bg kami @ sape2 jerk yg terlibat ngan kewangan neh 
saat penghujung neh adalah saat2 yg sgt bernilai
semua benda nak kejar2 
hadui laa
da lumrah laaa..tp Insyaallah rasernyer tahun neh xder la kitorang smpai kena stayback till night on 31st dec mcm yg lepas2..
~bekojolah sepueh hati~


:: 1st trial | Mee Bandung ::


Tadaaaa~ so.. this is my 1st trial cooking f0r mee bandung
seriusly, pengakuan jujur tak pandai pun sebelum neh
tp alhamdulillah menjadi walau dlm x berapa nak cukup bahan....sukerrr

.
.
.
.
.

11.11.11

.:: Thanxs t0 my-eX ::.




thank you 
sbb penah hadir 
walau sy x pasti sedekat mana sebenarnya 
sy dihati kamu 
tQ 
sbb penah bg sy kepercayaan
berada disisi kamu
tQ 
sbb penah pecahkan ruyung kepercayaan sy pd kamu
tQ 
kamu bagi aku garam di tempat yg sedang luka
tQ
sbb penah bg sy rasa bahagia disisi
penah sy rasa indah ada tikanya
penah meletakkan sy didalam keluarga mu
selalu penuhi impian sy
penah ajar sy tentang muzik
penah jaga bila sy sakit
tQ 
tQ
tQ
sbb kamu bagi sy pengalaman hidup
sbb kamu ajar hati sy merasai kesakitan yg amat
sbb kamu lukai nurani sy
sbb kamu bwa sy dlm permainan hidupmu
n very2 big thanxs
sbb kamu masih menjaga maruah sy
tQ 
for our relationship last time

tQ 
tQ 
sbb luka itu sy bangun
sbb luka itu sy bertemu jodoh sy
sbb luka itu ajar sy lebih berhati-hati
sbb luka itu "aku menjadi lebih kuat"

halalkan semua antara kita

saya mendoakan kamu akan berubah menjadi diri kamu yang sebenar
umur kian hari bertambah
fikir-fikirkan..renung-renungkan

enD

9.11.11

.:: Menjelang Hari Yang-10 ::.




Kelu..sedih bercampur aduk dalam satu rasa
kenapa???

menghitung detik 10 hari

makanya dihari ke 11 
aku bukan lagi tanggungan abah
bukan lagi jagaan bunda
berat bebanan yang di junjung 
yang di galas
sejak dari aku dilahirkan
keluh kesah dihati kalian
menatang aku bagai simbahan air mawar yang mewangi
sebak tiada terkata
emak abah
kalian terbaik buatku

duhai ibu 
yang mengandungkan aku
yang melahirkan aku
yang membesarkan aku
yang sabar dengan karenah ku
maaf diri anakmu ini
ampunkan segala dosa
segala kegurisan dihatimu
halalkan makan minum ku
hatta titisan air susu darimu 
yang penah menghilangkan kering ditekakku ini

duhai abah
yang berhempas pulas
yang memerahkan keringat 
yang membanting tulang empat keratmu itu
yang menahan perut 
yang membakar diri di perit sinar mentari
apa saja abah lakukan 
demi anakmu
abah, ampunkan anakmu
andai abah pernah terguris
pernah terluka
pernah terkilan
andai berat beban dosa yang abah tanggung selama ini
ampun kan semuanya

alhamdulillah hingga ke hari ini
anak mu cukup bekalan ilmu yang diberikan
mak, abah 
dah sempurnakan semuanya
mak, abah 
dah berikan yang terbaik
hingga ke usai ini..
.
.
.
.
menjelang hari kesepuluh dari saat ini
maka
beban dipikul abah, mak
akan terlerai
hak milik mu kini bertukar ganti
berpindah pemilikan
kepada
insan lain untuk dipikul
insan yang bergelar suami
moga amanahmu ini tidak disia-siakan
moga amanahmu ini ditatang seperti kalian menjagaku

abah, mak
moga dengan ini akan meringankan lagi tanggungjawab kalian
yang dikendong selama ini
sebak dihati aku mengenangkan itu nanti

maka bermulalah satu prasa yang baru dalam hidupku
melangkah ke alam seperti kalian

mak, abah
Insyaallah...ini bukanlah bererti aku tidak lagi milik kalian
ini bukan bererti ikatan terlerai
kalian tetap dihatiku selamanya
sayang mak 
sayang abah


**duhai bakal pemilikku
dengan penuh harapan dan iringan doa
moga amanah kedua ibu & bapa ku yang telah diserahkan kepadamu
tidak disia-siakan
bimbinglah aku ke arah yang diredhaiNYA~


END


1.11.11

:: rindu seriNdu-rindunya ::





Mula merindui buku-buku
rindu nak buat asignment
rindu kekalutan mengejar masa ke kelas
rindu suasana kuliah
rasa itu semakin membuak 
bila terbayang scroll n topi konvo di depan mata

sudah 7 bulan sy 'break' dr semua itu
berehat seketika utk semua ni
semuanya kerana
to built-up
& kembalikan keluarga sy spt sediakala & kukuh
selepas dugaan besar yang menimpa kami
kemungkinan sy akan terus berehat seketika utk 1 semester lagi
utk memberi laluan 
for my self
tuk melangkah ke 1 fasa baru dalam kehidupan bersama yang tersayang
&
sekiranya niat chenta hati sy utk futher study juga tercapai
sy beri laluan padanya dahulu
'abg..syg korban tempoh pengajian syg utk beri laluan pd abg yea'
then baru smbung
Insyaallah moga rasa cinta saya pada ilmu tidak luntur

17.10.11

:: 0n his B-Day ::


Mmg niat utk sy habiskan ujung minggu itu bersamanya 
sempena hari kelahirannya juga
jauh di sudut hati..sgt2 berharap x de la yg buat slack mud dating ktorg


celebrate @ BumbuBali

bestday b0y terujaaa

ouR heavy dinner

on da photosh00t time

phot0sh00t time

cian dia keletihan

secret recipe alamanda

awak je x perasan yang saya buat semua tuk awak

@ big bad woLf b00k sales

letih lg :)



saya k0rbankan masa, poket utk kamu
tuk buat kamu hepi
h0pe u r hepi 
walau hati saya menangis hari selepas itu :(


 eNd

:: Aku Cemburu Ya Allah! ::


Di hening pagi,
Ketika sang suria masih lagi samar-samar memancarkan sinarnya,
Ketika dedaunan masih basah disirami embun,
Ketika seluruh alam masih lagi sunyi,
Diriku hanya bertemankan sepi.
Aku melihat alam ciptaan Allah,
Langit yang membiru dan terbentang luas,
Pokok-pokok hijau yang tidak henti berzikir kepada Allah,
Kerdil aku rasakan ketika berada di hadapanMu, ya Allah,
Aku tertunduk,
Tubir mata mula digenangi air jernih,
Aku hanyut dibawa bayangan minda.
Peristiwa-peristiwa semalam,
Seringkali menerjah minda,
Biarpun cuba dipadam dan dilupa,
Namun parut tidak akan pergi begitu sahaja,
Pengalaman hidup jauh dari jalan redha-Nya,
Membuatkanku benar-benar derita,
Tidak mahu aku kembali melalui jalan yang sama.
Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,
Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.
Segala dugaan yang mendatang,
Dengan tabah mereka lalui,
Setiap tohmahan dan cacian,
Tidak pula mereka peduli,
Kerana hati mereka begitu asyik,
Terleka dan tenggelam oleh manisnya cinta.
Sedang aku di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,
Iman yang baru mula untuk berbuah,
Aku rasa begitu payah untuk dipertahankan.
Betapa hebatnya peperangan,
Yang terjadi antara iman dan nafsu,
Terkadang aku berasa ingin berhenti,
Berhenti daripada meneruskan langkah ini,
Tetapi aku tahu,
Bukan mudah untuk menggapai cinta hakiki,
Pengorbanan dan kesakitan harus aku lalui,
Demi sebuah pengakhiran yang bahagia,
Iaitu sebuah tempat di syurga yang ku damba.
Hembusan bayu menyedarkanku kembali,
Ya Allahu Ya Rabbi,
CintaMu menjadi dambaanku,
Dalam keheningan pagi ini,
Aku menadahkan tangan,
Bemohon dan merayu kepada-Mu,
Ampunkan segala dosa-dosaku,
Walaupun amat berat dugaan yang Engkau berikan,
Demi setitis cinta aku relakan,
Ya Allah berikanku kekuatan,
Amin ya Rabbal 'Alamin...

12.10.11

--> a SpeciaL wiShes f0r myDeaR <--



Heart and Soul

A Special Heart,
from the very start.
Like a work of art,
I set apart.

A precious soul,
Creators a goal.
Like a birthday smile,
Please last awhile.

Your Heart and Soul,
like a sacred sroll.
Warm my Heart,
When we're apart.


i luV u daRLing
happy birthday 
0n 13th 0ct0ber




eNd




11.10.11

:: Perginya kami redha ::


Tanggal 7 Zulkaedah 1432H
lagi seorang waris kami dijemput pulang olehNYA
Kau Pencipta Maha Agung 
dari DIA kami datang kepada DIA kami kembali
seluruh ahli keluarga merasai kehilangannya
syahdu saat abah membaca doa dalam tangis disisi arwah

Al-Fatihah buat Arwah abang kembar abah saya
Moga Tenang dikau di alam sana

AL-FATIHAH..

END

27.9.11

:: Dear My Luv ::


rindu tiba2 mengetuk pintu hati aku hingga bergenang mutiara dikelopak mata
terkenangkan kalian anak2ku jua kakakku yg sorg itu
doa tidak pernah putus tuk kalian 
moga sejahtera semua
dedikasi tuk kakak ku
Jangan terus rebah..Tuhan menguji kalian kerna Dia tahu kalian mampu melalui semua ini
ampun dan maaf pinta aku, andai ada menguris & mengelar dalam sanuri mu
Duhai anak, ibumu itu sangat kental..semuanya hanya kerna kamu berdua
salam peluk cium tuk kamu si kecil berdua
sejahtera ke atas kamu
Selamat Hari Raya


Notakaki:
dear sis, sorry sbb grab da pic.. so miss da kids


[T] [A] [M] [A] [T]

26.9.11

:: Crying via myHearT ::



Ya allah..Berikan aku kekuatan
Tat kala hati mula rasa ingin berputus asa
Tat kala diri ini tak mampu lagi berdiri
Tat kala kecewa menguasai diri
Tat kala rasa sedih menghantui diri

Ya Allah..Berikan aku kekuatan
Untuk aku menyusun langkah ini
Mengejar impian yang termaktub dihati
Mencari bahagia yang hakiki
dengan jalan yang Kau redhai...




nota kaki:  
Kasih....di hari yang semakin hampir ini mengapa engkau kurasakan seperti semakin jauh dari aku.. Mungkinkah aku kurang sempurna untuk disisimu.
**Penciptaku.... ikatkanlah hati kami hingga ke ujung usia yang diredhai Mu. 


[e]{N} [d]

23.9.11

Coretan Majlis Aidilfitri Keluarga Taib Bin Eja kali ke-5 ( 2011 )


kaum kerabat saya sebelah ayahanda~
yang jauh kami dekatkan.. yang dekat kita eratkan.. yang erat dimesra-mesrakan~ itu lah tanda kasih sayang kita~

14.9.11

:: ..a year ago on 13th September ::

Bukan sekadar mimpi hitam atau mainan tido aku lagi.. tp sebaliknya ia bertukar menjadi realiti memoir sendu yang terpalit kekal dalam ingatan hingga akhir hayat kami. 7 bulan menelan pahit rasa kelat, satu persatu menimpa dan ditimpa, bukan cerita umpama kami mangsa tapi realiti alam yang kami langkah. Ujian demi ujian dilemparkan buat meguji ketabahan kami saat itu. Akhir dengan berkat kekuatan rumpun kami bersatu bersama mengharungi apa yang mendatang..Alhamdulillah kami kembali mengilap sinaran agar kembali menyinar dan bercahaya walau tidak seperti dahulu. Terima kasih Tuhan atas nikmat rasa ini. Dengan izinMu semua akan terjadi..Insyaallah. Moga rumpun aLKhalidun ini semakin merimbun dengan limpah rahmat dari MU..Amin.

*really miss myr00m..


-taMat-

10.9.11

:: Eid Mubarak snapsHooTer ::


raya oh raya... rasenye raya kali neh x byk bergambar.. mungkin kerna kami hanya bersederhana berhari raya kali neh. Namun, tidak pernah hambar dgn kedatangan sedara mara jauh dkt..mmg dr dulu teratak bonda jadi tempat singgahan beramah mesra dihari raya. Sangat berbesar hati bila teratak ini masih menerima kunjungan yang jauh2 dimata :) Alhamdulillah moga ukhuwah terjalin...

 j0m layan pic yg seberapa byk neh :D zassss



neh pose bru pas blik masjid..huaaa bengkak mata dohh..nangess

snap time nk g blik kg..hohoo balik kg

neh nok g berayeee

ehhh...upppsss


interprem jerrr

@ family day

bersalaman dgn spupu sparepart ku 

Ibn Qalid..puteri2 che Puteh

kami geng pemeriah majlis

mereka hulu balang-hulu balang saya

celebrate besday my b0y

my best ever fren


ader lg...tp skit2 nti sy upload kan yeaaa...


eNd

:: Saya Ada Baby ::


Suke sesangat-sangat bau si kecil baru lahir neh
suke sesangat-sangat peluk budak bulat2 neh
heheee..
luv u lah my little princess

eNd

: Kasih..Dimana kamu? ::



Oh Kasih dimana kamu???
Semoga kamu baik-baik aja ya...
Penuh harapan kami menanti kepulangan mu & anak2
utk mencari kami tidak tahu dimana & kemana
Sampai hati manusia yang tidak berhati perut itu 
kejam sungguh hati manusia itu
kamu yang kami tatang
semalam dia buang kamu 
kami sayang kamu Kasih
masih mengharap kamu menemui jalan pulang
ingat ya Kasih
jangan kamu tinggalkan anak2 mu itu..

Jasa mu tidak ternilai
menyelamatkan kami nyawa 15 penghuni dari rentung setahun yang lalu
kamu si buta yang kami sayangi

~Moga kamu selamat ya Kasih~


eNd

4.9.11

:: Wo Ai Ni ::

~berhari raya di teratak bonda~

Wo ai ni
I Love You
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai khatalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut



Ya Allah...Kau Peliharalah Dua Hati ini moga teguh hingga ke Syurga MU~


[enD]




31.8.11

:: Hepi Eid Mubarak ::




Salam Aidilfitri Salam Lebaran
Kemaafan ku hulur moga keampunan 
diberikan atas kekhilafanku yang sengaja @ tidak disengajakan
antara sedar @ tidak ku sedari
Minal Aidil Walfaizin
buat semua ahli keluarga ku, kaum kerabat ku,
sahabat handai rakan taulan
seluruh umat Islam seantero dunia ini
& dedikasi to my inlaw family
be hepi on eid mubarak


[tamat]

:: Hari Raya Gift ::



~0h MyDarLing i luv u~
thanxs incik Bie f0r da Eid Mubarak gift's

eNd

25.8.11

:: Pesan RAMADAN ::




Aku lihat RAMADAN dari kejauhan... lalu ku sapa ia, "Hendak kemana?"
dengan lembut ia berkata, 
"Aku harus pergi, mungkin lama..Tolong sampaikan pesanku utk orang yang bernama 'MUKMIN'. SYAWAL akan tiba sebentar lagi... :) Ajak lah SABAR untuk menemani hari2 dukanya, peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan taqwa!!"

Dan dalam sendu aku melepas, sesungguhnya aku belum puas bersamamu RAMADAN,
belum dapat erat aku memelukmu,
Doa ku..semoga kita dapat bersua lagi 
wahai RAMADAN yang aku kasihi..
Ya Rabbal A'lamin


[t]A[m]A[t]

22.8.11

:: C00kies 0h bisk00t ::


Bile da dekat je nak beraye mula la sumer sibuk2 ngan preparati0n kan... ehee sibuk2 bersilat dgn tender kt upis tuh sempat lah jugak sy siapkan ini..ada tuk seniri, ada juga yg ditempah member lama @ my loyal customer lahh.. k, malas stori panjang..zasss layann~

~semperit warisan kasih~
5 pack da siap tuk delivery


biskut eskrem neh my anak2 fruit sgt sukerrr


suji salju


tart nenas gulung (yg neh wajib ade)
6 pack da siap tuk delivery 

tu je yg sempat dulu tuk 2 ari weekend yg lepas..next...tgu weekend lg lah~

p/s : nape lom ade rase m00d rayer ehhh
       oh incik asbeN..ai blom punya baju raye neh :(


[e][N][d]

17.8.11

:: 17 Ramadhan 1432H ::


Salam Nuzul Al-Quran
Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita
Ku timang-timang kiranya masih belum cukup di diari kanan ku ini
Ya Allah..besar rahmatMU yang Kau sediakan
beri aku kesempatan merebut rahmat mu ini
syukur Ya Tuhan..


Nuzul Al-Quran 9 tahun yang lalu
kejutan dengan pemergiaan nenda tercinta
perginya di hari mulia
sesudah beliau membaca kitab suci kita
selesai beliau menunaikan Dhuha..
aku ingin sepertinya..

ALFATIHAH..
buat nenda Hjh Che Pah Hj Abdul Hamid
Hjh Rokiah Hj Abdul Hamid
Kanda Mohd Yusri..
dan seluruh ahli keluarga 
yang telah dijemput olehMU..
ALFATIHAH..


[TaMaT]

14.8.11

:: Menjadi Isteri Diredhai Allah ::


Sangat tertarik dengan artikel yang saya baca kali ni di harian metro online..ini artikel kira2 sebulan yg lalu.. ok j0m kita baca dan mudah2an ilmu ini dapat dikongsi bersama dan dimanfaatkan.. Insyaallah saya sehabis baik akan mempraktikannya~





TIADA lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah, bersederhana serta mempunyai watak menarik.
Ia dikira ‘pakej lengkap’ bagi seorang wanita selepas sifat kesempurnaan seorang isteri itu subur dalam diri mereka. Dalam melayari kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri perlu memiliki kekuatan mental dan fizikal.

Mereka perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran asas rumah tangga dan meminta pandangan dan nasihat daripada golongan berpengalaman seperti ibu bapa mereka.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’ ayat 34)
Ketaatan isteri kepada suaminya memudahkan mereka mendapat syurga Allah s.w.t di akhirat kelak kerana ketaatan terhadap suami menjadi ukuran kepada keredaan-Nya.
Diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam Israk Baginda di mana kebanyakan penghuni neraka adalah kaum wanita iaitu termasuk wanita derhaka kepada perintah Allah s.w.t dan suaminya.
Isteri yang taat dapat dinilai melalui bicaranya yang memperlihatkan kelembutan dan kesopanan, mereka juga tidak sesekali memerintah suaminya, berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, apabila suami masuk atau keluar rumah mereka menyambut suami dengan penuh mesra, sentiasa menghormati keluarga suami, bersyukur dengan apa yang disediakan suami serta tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak berlaku dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami itu menjurus kepada dosa dan kemaksiatan isteri dibenarkan membantah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki ke atas wanita.”
Berhias untuk suami juga penting dalam mengekalkan keharmonian hidup suami isteri. Namun isteri hanya boleh memperlihatkan perhiasan hanya buat suami mereka saja.
Ia bertujuan untuk menjadikan suami mereka terhibur. Bayangkan jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih namun apabila melihat muka isteri berseri-seri pasti akan menimbulkan suasana tenang kepada suami.
Keletihan mencari rezeki akan menjadi hilang malah membangkitkan lagi perasaan kasih sayang terhadap isterinya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dari Jabir ra. Dia berkata: ‘Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana lama ditinggalkan suaminya.’”
Selain itu, hubungan intim juga antara penyumbang kepada kebahagiaan sebuah rumah tangga. Sebab itu, isteri perlu memberi layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuannya.
Terdapat banyak kes membabitkan pasangan yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan sehingga sampai ‘berperang besar.’
Perkara sedemikian perlu dielakkan kerana ia mencetuskan suasana tegang antara pasangan.
Isteri hanya boleh menolak permintaan suami dalam keadaan tertentu seperti dalam keadaan sakit atau dalam keadaan dilarang syarak untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid.
Kemuliaan dan ketaatan isteri di mata suami akan lebih terserlah apabila mereka mampu menjadi teman berunding apabila suami menghadapi masalah.
Isteri perlu tahu ketaatan mereka kepada suami adalah perintah daripada Allah s.w.t. Isteri yang tidak taat pada suaminya bererti dia tidak menjaga hak suami dan perbuatannya itu boleh membawa kepada nusyuz.
Ulama asy-Syafi’eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari melakukan ketaatan yang wajib terhadap suaminya. Antara perkara yang menunjukkan isteri nusyuz terhadap suaminya ialah keluar rumah tanpa keizinan suami.
Fuqaha bersepakat mengatakan haram hukumnya seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya. Mereka dilaknat selagi mana tidak melakukan taubat.









Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Islam meletakkan beberapa tindakan dalam menangani masalah isteri nusyuz antaranya ketika nampak tanda nusyuz pada isteri sama ada dengan perbuatan seperti isteri bermasam muka atau berpaling atau isteri menjawab percakapan suaminya dengan suara kasar maka sunat ke atas suami memberi nasihat.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka.” (Surah an-Nisa: 34)
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Nasihatilah kaum wanita secara baik kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas. Jika engkau meluruskannya bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya maka dia akan tetap bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik.” (Hadis riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 1468)
Justeru buat isteri, rebutlah peluang mudah jalan menuju ke syurga dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah serta mentaati suami.

Dari petikan artikel harian metro.
Sekian.

----> incik asbeN-doakan sy yg terbaik buat kamu ya! (*_*)

[eNd]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...