"Everything Begins fRom HeRe..."

29.6.11

:: Suatu ketika duLu ::

Suka tuk ku mengimbasi kenangan yang pernah aku lalui sebelum ini. Walau kekadang saat melaluinya itu ada getir pahitnya..namun kini ia menjadi pengalaman dalam sebuah kehidupan dan terindah jua manis tuk dikenang. semuanya berkaitan ceritera pengalaman perkhidmatan ku dalam arena trainer f0r Nati0n service a.k.a Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).  Sbb kan sy neh seorg yg agak lasak n suke kan aktiviti outdoor makanya tak heran la cemana sy blh terjebak dalam dunia PLKN neh..but is a trainer ok bukan trainee.. ade yg gelak sinis  ye la pada fizikal tgk aku neh kecik jer..blh ke? tp jgn x tau yg kecik neh la blh btahan smgu x tido pun huhuu.. Itulah aku seorang JURULATIH bukan 'juruletih' heheee... k namo celoteh panjang..layanz pic y0k~ zazzzzz


geng JL kenegaraan n KK [see da kecik me]

myBeloved anak buah at KSP

hehee da same je cam trainee kan~ at khidmat komuniti

JL frenz of sintoque camp

a quarter of my sintoque trainee 

eNJoy time ~ 

hahaa tugu kami

alfa team sintoque

hoyeyyy

pose maut sblom pbarisan penutup siri

the best team of sintoque JL's

my CB's class wif my buddy

disini berakhirnya dunia JL kami kerana hampir keseluruhan dr kami selepas itu meneruskan kerjaya yg sekarang ini..its mean masing2 da dpt offer ttp.. but it still of our life


Ni baru sebahagian dari pic koleksi..walau sudah tidak di arena itu lg tapi ia ttp tpahat dihati kami semua sbb itu adalah sebahagian dari rencah hidup kami. kerjaya ini jugalah yang membawa saya merantau ke pelusuk negara tercinta.. we still luv that's world n miss forever.. kerana disini kami semua kenal erti sahabat, kehidupan, suka duka pengalaman n ramai kenalan.. salam rindu tuk semua~


[e][N][d]

:: Salam Israk & Mikraj ::



Kalo Ramadhan bulan utk umat Islam dikurniakan Malam Lailatul Qadar.. Manakala Syaaban pula adalah bulan utk Kekasih Allah junjungan mulia kita Rasulullah SAW dikurniakan Malam Nisfu Syaaban.. dan Rejab adalah bulan Allah SWT juga punya hari teristimewa iaitu Malam Israk & Mikraj.. jom kita renungi bersama sejarah yang berlaku pada malam 27 Rejab yang lalu..

Pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi Muhammad ke Madinah Munawwarah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Ia bukti penting terhadap kekuasaan, kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Israk membawa makna perjalanan Nabi Muhammad pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis.

Selepas Baginda menceritakan apa yang terjadi padanya kepada masyarakat, orang kafir terus mengejek dan mendustakan Baginda.

Namun, mereka yang membenarkan Baginda, tetap utuh seperti Saidina Abu Bakar.

“Jika Baginda mengatakan bahawa Baginda diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya,” katanya.

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Saidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan RasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq.

Selepas Rasulullah s.a.w menegaskan Baginda diisrakkan Allah maka ada seorang yang meminta supaya Baginda mengangkat kaki kanannya lalu Baginda terus melakukannya.

Orang itu menyuruh Nabi Muhammad mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu Baginda menyatakan bahawa Baginda tidak mampu mengangkat kedua-dua kakinya secara serentak.

Selepas mendengar kata-kata Nabi Muhammad, orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa Rasulullah diisrakkan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun Baginda tidak mampu.

Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu Baginda meminta agar dia menemui Saidina Umar al-Khattab. Selepas menemui Saidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang.

Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu.

Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Saidina Umar mengenai tindakan yang dilakukan terhadap orang itu. Saidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah dalam masalah Israk dan Mikraj, tetapi Baginda menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana murtad, bukannya untuk menerangkan masalah Israk dan Mikraj.

Sepanjang perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah diantaranya:


1. Apabila Baginda tercium bauan harum Masyitah dan keluarga yang syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim.

Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang panas menggelegak demi keimannya kepada Allah.

Masyitah adalah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun.

2. Dalam peristiwa itu juga Allah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj.

Sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah selepas peristiwa terbabit.

3. Baginda turut menyaksikan sekumpulan manusia yang sedang menghantuk dan cuba memecahkan kepala mereka sendiri. Setiap kali dicuba, kepala yang pecah itu kembali bertaut kembali dan sembuh dari luka-luka.

Mereka melakukannya berulang-ulang kali, tetapi tetap sembuh dan kembali ke kedudukan asal.

Rasulullah diberitahu Malaikat Jibril bahawa itu adalah balasan kepada orang yang berat kepala untuk sujud (bersembahyang).

4. Dalam peristiwa yang lain, Rasulullah turut menyaksikan sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain sedang dihalau sebagaimana menghalau binatang peliharaan.

Pada masa yang sama, sekumpulan manusia itu memakan bara api dan batu-batu panas dari neraka jahaman. Menurut keterangan Jibril, mereka adalah golongan yang tidak mengeluarkan zakat harta benda sepanjang hayatnya.

5. Kejadian lain yang disaksikan Rasulullah sepanjang perjalanan itu ialah sekumpulan pasangan manusia (lelaki dan wanita) yang sedang memakan daging busuk sedangkan di sebelahnya ada terhidang daging masak.

Ia menjadi simbol kepada mereka yang suka berzina sedangkan masing-masing sudah mempunyai isteri atau suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu (orang yang memakan riba)

7. Lelaki yang menghimpunkan seberkas kayu, tetapi tidak berupaya memikulnya dan terus menambahkan bilangan kayu (orang yang tidak dapat menunaikan amanah, tetapi terus menerima amanah yang baru)

8. Sekumpulan manusia yang menggunting lidah berkali-kali, terus barcantum walaupun dilakukan berkali-kali (orang yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah)

9. Sekumpulan mereka mencakar-cakar muka dan dada sendiri dengan kuku tembaga (orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain)

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari satu lubang yang sempit tetapi tidak dapat memasuki lubang itu kembali (orang yang bercakap besar, walaupun menyesal tetapi terlambat)

11. Seorang perempuan membawa dulang penuh perhiasan, tetapi tidak menarik perhatian Rasulullah (orang yang tertarik dengan harta benda, tetapi Baginda tidak tergoda)

12. Seorang wanita tua menyuruh Rasulullah berhenti, tetapi tidak dihiraukan (orang yang mensia-siakan umurnya) dan perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah bertanyakan sesuatu (gambaran umur dunia yang tua dan sedang menunggu saat kehancurannya iaitu kiamat).

13. Sebaik Baginda tiba di Masjidil Aqsa dan turun dari Buraq, Rasulullah mengerjakan sembahyang dua rakaat bersama para anbia dan mursalin.

Baginda sendiri mengimamkan sembahyang berkenaan dan selesai bersembahyang, Rasulullah terasa amat dahaga lalu Jibril menghulurkan dua bekas di mana satu berisi susu dan satu lagi mengandungi arak.

Baginda memilih bekas yang mengandungi susu dan diminumnya. Pilihan Rasulullah menggambarkan sikap terpujinya kerana tidak memilih minuman haram sebagai symbol kepada kesesatan dalam memimpin umat.



Dedikasikan tuk semua saudara seIslam saya;
jua buat ingatan diriku n beloved myHeart~

[t][a][m][a][t]

24.6.11

: Jom tanya apa sebab POKOK :

:: riNdu keluarga seUsrah tika dulu ::

♪♫♪♪ riNDu itu adalah~ anugerah dari Allah...♫♪♫

tetiba menebal rasa rindu pada mereka yang pernah akrab ketika dulu..kini masing2 sibuk dgn haluan sendiri..yelah ada yg dah berumah tangga n berpindah randah tp alhamdulillah masih kip in taj cuma 2 3 org je... siapa mereka~moh tgk pic dulu












cer tgk pic neh..
ehee once of them da jd rockStar now


zaman kegemilangan remaja ku suatu tika dulu.. eheee see me so chubby kan~
saya terus mendoakan sukses tuk mereka2 kesayanganku.. sekali berusrah selamanya terjalin..


eNd

:: Formula Kejayaan ::




Kejayaan merupakan impian semua orang. Semua orang ingin berjaya. Ada orang mungkin ingin berjaya di dunia sahaja. Ada orang mungkin akhirat sahaja. Ada orang inginkan keduanya. Yang mana satu pilihan kita, kita yang memilihnya.
Banyak program motivasi yang meceritakan tips-tips untuk berjaya. Bermula dengan pemakanan yang sihat, tidur yang cukup, senaman setiap hari, belajar dengan kosisten dan macam-macam lagi. Pendek kata, andai kita menghadiri program motivasi, pasti jenuh tangan menulis dan menyalin tips untuk berjaya. Mudahnya, berjaya tidak semudah dikata =)
Kejayaan mempunyai daya tarikan yang unik. Semua orang akan tertarik kepada kejayaan. Cuma yang peliknya kenapa bukan semua orang berjaya?
"Kejayaan adalah tabiat!
Orang yang berjaya adalah orang yang secara konsistennya berjaya. Keupayaan untuk menjadikan kejayaan itu sebagai satu tabiat adalah satu kejayaan sebenarnya.
Kejayaan itu bersifat 'konsisten dan terus', sebab itulah ia merupakan satu 'tabiat'. Tabiat itu adalah sesuatu yang selalu kita ulang-ulang dan akhirnya menjadi kebiasaan. Maka kalau kita selalu berdampingan dengan kejayaan maka kita akan sentiasa mengulang kejayaan.
Untuk mula berdampingan dengan kejayaan, mulakan dengan perkenalan dengan orang-orang yang berjaya. Memahami kehidupan orang yang berjaya akan memastikan kita jelas jalan untuk berjaya.
"Point yang kedua adalah kejayaan merupakan satu proses." 
Proses memerlukan masa. Sabar dan istiqamah adalah dua persediaan diri yang perlu ada untuk berjaya. Semakin besar kejayaan yang ingin kita capai, semakin tinggi kesabaran dan istiqamah yang perlu ada dalam diri kita.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Cukup tepat sekali pepatah lama yang sudah berkurun usianya.
"Yang terakhir, kejayaan itu cukup untuk semua orang. Namun hanya yang berusaha untuk berjaya sahaja yang akan mendapat kejayaan!"

[T] [A] [M] [A] [T]

20.6.11

:: Moh Cuci Mata ::

Haaaa..daa dekat nak rayer neh moh kiter cuci mata sket..bukan tuk raye jer..blh je pakai tuk wat ever function pun...uhuuu i likeeee! hurmmm kalo 'terberkenan' dihati tuh nk order2 pun buleh2 aja sih..ukey jum j0m neng0k jamu mata..



















eceli kan..manyak lg..eheee smpai i pun da juling2 sket neng0k nyer :) eheee neh yg buat nk g sh0pping iNDon lg neh..jum2 tiket murah~

[cekedout]

:: Penjunjung Nama Ku ::



Ke mana pun ku pergi..sejauh mana pun kaki ini melangkah
ke mana pun jatuhnya haluan hati ini..pastinya ku bawa
pastinya ku julang kalian
~Penjunjung Namaku~

Tuhan..padaMU aku pohon agar Kau kurniakan segalanya yang terbaik buat mereka
lindungi mereka seperti kau menjaga kekasihmu
kerana mereka adalah pembawa nyawaku
mereka lah 'Penjunjung Namaku'


Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Wala serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya

.
.
.
Penjunjung Namaku
.
.
.


~cheNTa hatiku~


[t] [A] [m] [A] [t]

18.6.11

~ Mahakarya Cinta ~



ada cerita pada lagu neh~ (~_*)

~ Jangan Kau Pergi ~




like this s0ng~ ost nora eLena..

:: Luhur Budimu~kasihku ::



Ketika kecil, ayah dan ibu merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Ayah dan ibu juga adalah orang yang paling penting dalam kehidupan kita. Apa sahaja yang ingin dilakukan pasti bergantung pada keizinan mereka. Lirikan tajam mata ayah misalnya sudah boleh membuatkan kita susah hati. Kata-kata ayah,"itu tak boleh" menjadi pegangan kita hingga dewasa.

Ayah, abah, walid, papa dan apa jua panggilan yang diberikan merujuk pada lelaki yang bertanggungjawab dalam mengembang biak umat Nabi Muhammad ke atas muka bumi ini. Sungguhpun di dalam Islam kedudukan ibu jauh lebih tinggi berbanding bapa, namun hak sebagai seorang bapa juga perlu diakui oleh anak-anak. Tiada mereka bererti tiadalah kita di dunia ini.

Seorang lelaki bernama ayah sama juga seperti ibu, tidak pernah jemu melayan anak-anak. Seboleh-bolehnya jika si anak meminta apa sahaja pasti ayah akan berusaha untuk mendapatkannya. Itulah ayah kita... Dalam meniti usia senjanya, mungkin seorang ayah punya banyak masa untuk mengenang kembali saat anak-anak membesar di tangannya. Dan kerana itulah, ayah kita sering terbawa-bawa oleh perasaannya. Sama juga seperti ibu, anak-anak seharusnya janganlah melupai lelaki bernama ayah itu. Budinya cukup banyak. Jasanya tertunggak.

Kerana lelaki itu juga airmata pernah tumpah..tidak dapat membayangkan jika ditakdirkan suatu hari nanti dia tidak lagi disisi ku..Abah i luv u so much..everything i do i do it with ur restu~ --<@ SeLaMaT HaRi BaPa @>--




him at Mecca


>eNd<

8.6.11

:: MusiM taweN-taweN ::





Lumrah bila cuti sekolah bermula makanya banyaklah jemputan & undangan walimah yang diterima dari sedara-mara,rakan & kenalan.Tiada aral maka adalah kami disana. Kisahnya juga musim ini memang membantu mengisi poket2 mak2 & pak2 andam, tukang merakamkan gambar/video & mereka2 yang bertangan seni [cenderahati]. Alhamdulillah SnapGun sy & myBie juga turut beraksi tembak menembak merakamkan kenangan sang raja sehari.. Okies namo celoteh panjang y0k neng0k pic...
~SeLamaT PenganTin Baru..semoga berbahagia melayari bahtera dengan keredhaanNYA hingga ke penghujung hayat~









[eNd]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...