"Everything Begins fRom HeRe..."

29.6.11

:: Salam Israk & Mikraj ::



Kalo Ramadhan bulan utk umat Islam dikurniakan Malam Lailatul Qadar.. Manakala Syaaban pula adalah bulan utk Kekasih Allah junjungan mulia kita Rasulullah SAW dikurniakan Malam Nisfu Syaaban.. dan Rejab adalah bulan Allah SWT juga punya hari teristimewa iaitu Malam Israk & Mikraj.. jom kita renungi bersama sejarah yang berlaku pada malam 27 Rejab yang lalu..

Pada 27 Rejab tahun ke-11 selepas kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi Muhammad ke Madinah Munawwarah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Ia bukti penting terhadap kekuasaan, kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Israk membawa makna perjalanan Nabi Muhammad pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis.

Selepas Baginda menceritakan apa yang terjadi padanya kepada masyarakat, orang kafir terus mengejek dan mendustakan Baginda.

Namun, mereka yang membenarkan Baginda, tetap utuh seperti Saidina Abu Bakar.

“Jika Baginda mengatakan bahawa Baginda diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya,” katanya.

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Saidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan RasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq.

Selepas Rasulullah s.a.w menegaskan Baginda diisrakkan Allah maka ada seorang yang meminta supaya Baginda mengangkat kaki kanannya lalu Baginda terus melakukannya.

Orang itu menyuruh Nabi Muhammad mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu Baginda menyatakan bahawa Baginda tidak mampu mengangkat kedua-dua kakinya secara serentak.

Selepas mendengar kata-kata Nabi Muhammad, orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa Rasulullah diisrakkan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun Baginda tidak mampu.

Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu Baginda meminta agar dia menemui Saidina Umar al-Khattab. Selepas menemui Saidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang.

Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu.

Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Saidina Umar mengenai tindakan yang dilakukan terhadap orang itu. Saidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah dalam masalah Israk dan Mikraj, tetapi Baginda menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana murtad, bukannya untuk menerangkan masalah Israk dan Mikraj.

Sepanjang perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah diantaranya:


1. Apabila Baginda tercium bauan harum Masyitah dan keluarga yang syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim.

Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang panas menggelegak demi keimannya kepada Allah.

Masyitah adalah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun.

2. Dalam peristiwa itu juga Allah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj.

Sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah selepas peristiwa terbabit.

3. Baginda turut menyaksikan sekumpulan manusia yang sedang menghantuk dan cuba memecahkan kepala mereka sendiri. Setiap kali dicuba, kepala yang pecah itu kembali bertaut kembali dan sembuh dari luka-luka.

Mereka melakukannya berulang-ulang kali, tetapi tetap sembuh dan kembali ke kedudukan asal.

Rasulullah diberitahu Malaikat Jibril bahawa itu adalah balasan kepada orang yang berat kepala untuk sujud (bersembahyang).

4. Dalam peristiwa yang lain, Rasulullah turut menyaksikan sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain sedang dihalau sebagaimana menghalau binatang peliharaan.

Pada masa yang sama, sekumpulan manusia itu memakan bara api dan batu-batu panas dari neraka jahaman. Menurut keterangan Jibril, mereka adalah golongan yang tidak mengeluarkan zakat harta benda sepanjang hayatnya.

5. Kejadian lain yang disaksikan Rasulullah sepanjang perjalanan itu ialah sekumpulan pasangan manusia (lelaki dan wanita) yang sedang memakan daging busuk sedangkan di sebelahnya ada terhidang daging masak.

Ia menjadi simbol kepada mereka yang suka berzina sedangkan masing-masing sudah mempunyai isteri atau suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu (orang yang memakan riba)

7. Lelaki yang menghimpunkan seberkas kayu, tetapi tidak berupaya memikulnya dan terus menambahkan bilangan kayu (orang yang tidak dapat menunaikan amanah, tetapi terus menerima amanah yang baru)

8. Sekumpulan manusia yang menggunting lidah berkali-kali, terus barcantum walaupun dilakukan berkali-kali (orang yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah)

9. Sekumpulan mereka mencakar-cakar muka dan dada sendiri dengan kuku tembaga (orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain)

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari satu lubang yang sempit tetapi tidak dapat memasuki lubang itu kembali (orang yang bercakap besar, walaupun menyesal tetapi terlambat)

11. Seorang perempuan membawa dulang penuh perhiasan, tetapi tidak menarik perhatian Rasulullah (orang yang tertarik dengan harta benda, tetapi Baginda tidak tergoda)

12. Seorang wanita tua menyuruh Rasulullah berhenti, tetapi tidak dihiraukan (orang yang mensia-siakan umurnya) dan perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah bertanyakan sesuatu (gambaran umur dunia yang tua dan sedang menunggu saat kehancurannya iaitu kiamat).

13. Sebaik Baginda tiba di Masjidil Aqsa dan turun dari Buraq, Rasulullah mengerjakan sembahyang dua rakaat bersama para anbia dan mursalin.

Baginda sendiri mengimamkan sembahyang berkenaan dan selesai bersembahyang, Rasulullah terasa amat dahaga lalu Jibril menghulurkan dua bekas di mana satu berisi susu dan satu lagi mengandungi arak.

Baginda memilih bekas yang mengandungi susu dan diminumnya. Pilihan Rasulullah menggambarkan sikap terpujinya kerana tidak memilih minuman haram sebagai symbol kepada kesesatan dalam memimpin umat.



Dedikasikan tuk semua saudara seIslam saya;
jua buat ingatan diriku n beloved myHeart~

[t][a][m][a][t]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...