"Everything Begins fRom HeRe..."

18.6.11

:: Luhur Budimu~kasihku ::



Ketika kecil, ayah dan ibu merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Ayah dan ibu juga adalah orang yang paling penting dalam kehidupan kita. Apa sahaja yang ingin dilakukan pasti bergantung pada keizinan mereka. Lirikan tajam mata ayah misalnya sudah boleh membuatkan kita susah hati. Kata-kata ayah,"itu tak boleh" menjadi pegangan kita hingga dewasa.

Ayah, abah, walid, papa dan apa jua panggilan yang diberikan merujuk pada lelaki yang bertanggungjawab dalam mengembang biak umat Nabi Muhammad ke atas muka bumi ini. Sungguhpun di dalam Islam kedudukan ibu jauh lebih tinggi berbanding bapa, namun hak sebagai seorang bapa juga perlu diakui oleh anak-anak. Tiada mereka bererti tiadalah kita di dunia ini.

Seorang lelaki bernama ayah sama juga seperti ibu, tidak pernah jemu melayan anak-anak. Seboleh-bolehnya jika si anak meminta apa sahaja pasti ayah akan berusaha untuk mendapatkannya. Itulah ayah kita... Dalam meniti usia senjanya, mungkin seorang ayah punya banyak masa untuk mengenang kembali saat anak-anak membesar di tangannya. Dan kerana itulah, ayah kita sering terbawa-bawa oleh perasaannya. Sama juga seperti ibu, anak-anak seharusnya janganlah melupai lelaki bernama ayah itu. Budinya cukup banyak. Jasanya tertunggak.

Kerana lelaki itu juga airmata pernah tumpah..tidak dapat membayangkan jika ditakdirkan suatu hari nanti dia tidak lagi disisi ku..Abah i luv u so much..everything i do i do it with ur restu~ --<@ SeLaMaT HaRi BaPa @>--




him at Mecca


>eNd<

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...