"Everything Begins fRom HeRe..."

29.12.10

.:: 2-0-1-0 ::.



Rasa bagaikan semalam baru ku buka mata menginjak melangkah masuk ke tahun 2 0 1 0... Rupanya hanya tinggal 50 jam sahaja lagi tirai tWenTy-TeN akan melabuh menutup cerita dan terus berlalu.. rutin aku di penghujung tahun teramatlah padat..namun masih ingin aku mencuri masa emas ini utk aku coretkan rentetan rasa ku sepanjang tahun ini..secara keseluruhannya tahun ini aku banyak diuji...bermula dr ujian MU yg kecil hgga yang hebat.. patah, goyah, rapuh, marah, benci, geram, sedih, kasih, sayang, hingga lah tiada lagi rasa..semua tu ada dalam hati aku sepanjang 2010 ini.

Ingin aku mulakan dgn merujuk kembali kepada wishlist aku tuk tahun neh {2-0-1-0}.
* Alhamdulillah, antara niat tuk aku menjejak insan2 yg aku terlost contact tuh terkabul jua walaupun x semua..lebih dari sebahagian tuh dah kira syukur sgt..Thank You ALLAH Kamu dgr saya.. semoga ukhuwah saya bersama mereka terus mekar terjalin..Insyaallah~
* Tahun yang byk aku cuti2..
* Syukur Ya Allah~ dengan izinMU aku bjaya tersenarai dalam list Anugerah Kualiti Fakulti tuk semester awal 2010..


Selebihnya aku lebih banyak menelan rasa..

Tidak pernah terlintas dibenakku mahupun dimimpiku utk aku merasai kepedihan teramat bagai luka yang sedang parah itu disimbah cuka..mengelegak sakit itu..
♪ ♫ ♪ Hancur hatiku..mengenang dikau..menjadi keping-keping setelah kau pergi... ♫ ♪ ♫

Aku selalu meredhai apa yang berlaku..aku relakan apa saja asalkan kita tetap bersama..namun bagai ada satu suara yang membisik di cuping ini yang membuka ruang mataku...akhirnya aku mengalah dalam hal ini..aku bukan siapa2 yang mahu menghukum..aku bukan kuat utk terus menelan rasa...aku pujuk hati dgn kesibukan kerja dan sesi pembelajaranku dan memberi lebih tumpuan kpd keluarga...dalam saat itu,DIA menduga keluarga besar kami dgn menjemput pulang abang kesayangan kami semua pergi dlm kemalangan tragis.. dia tempat aku mengadu,tempat aku meluah rasa,tempat aku melemparkan segala kesah...kemalangan yg menyebabkan kami hilang abang yang penyayang,isteri kehilangan suami tercinta, anak2 kehilangan daddy tempat bermanja,ibu ayah kehilangan anak bergantung harap..kami bagai hilang semuanya..masih ku ingat detik 2bulan sebelum pulang mu..aku menjadi semakin rapat,dia tempat aku mengadu saat itu..dia pegang rahsiaku hingga akhir hayatmu,,ALFATIHAH kanda...aku bagai semakin kecundang seperti mau tewas namun aku bangun biar patah sayap bertongkatkan paruh..terima kasih ALLAH Kau beri aku kekuatan itu. Aku mula melebarkan sayapku kembali walau masih tampak jelas kesan carik2 itu...papa slalu pesan dulu..jalan yang ku rintis perlu ku lalui hingga ke penghujungnya walau wirawatinya berlumuran darah.thanxs papa. saat itu hati ku mula mekar kembali..ada titisan embun yg mampu menyuburkan bunga yang kian layu itu.. :) . Lagi dugaan maha hebat yg ku terima saat sedang bergembira meraikan syawal..DIA hadiahkan kami kegembiraan berhari raya selama 3 hari dengan semeriah2nya..sungguh..kami memanfaatkan sepenuhnya meraikannya...awal pg 4 Syawal belum pun menginjak subuh..kejutan buat kami sekeluarga..sekelip mata teratak yang punya banyak kenangan buat sy dan semua punah ranap dibaham api yg tersangat marak..40 tahun mencipta sejarah melakar memori segala2nya disitu..tapi hanya sekelip mata kurang 20 minit rumah kami hangus dalam kebakaran..keluar dgn sehelai sepinggang yg hanya sempat ku menyelamatkan kereta,handbag dan beg laptop ku..maha hebat ujian..abah, dahan kami bergantung saat itu..dia tahu kami rapuh saat itu..dia mengheret kami bangun..saat dia mula berdiri lagi skali ujian mengundang..harta dunia ditarik lagi..saat itu abah bagai hilang dalam diri..aku turut rebah dengan keadaannya..dia meletakkan semua yang di bahunya dibahuku..pintanya utk aku teruskan..YA ALLAH~saat itu hanya tuhan yang tahu beratnya yang aku pikul..urusan keluarga,urusan kerja yang bertangguh2, saat itu juga soal hati aku juga diuji.. kini ujian hebat lagi ku terima bila dahan tempat bergantung saya dan kami semua cuba dirampas oleh insan yang x berhati perut...pohonnya masih teguh tapi dalamannya kosong bagai rapuh...heyyy..itu pohon kami yang sama kami bajai sedari dulu..kenapa kamu-kamu semua mau ambil dia dari kami...pulangkan dia..dia hak kami..nama kami ada nama dia..kamu-kamu tidak boleh kacau! pergi kamu sebelum moyang keturunan ku kembali mengusir kami..jangan tunggu hingga keris kami basah kembali! Ya Tuhan...Ujian demi ujian hebat mendatang padaku tanpa henti hingga ke penghabisan tahun 2010..

ya aku tahu...
"Mana mungkin seseorang itu mengaku ia beriman..sedangkan ia tidak diuji.." ayern [mohd shahril] slalu berpesan pada ku satu tika dahulu..thanxs ayern. ~kerana itu aku bangun..

"Maafkan semua salah silap orang setiap kali aku ingin menutup mata.." pesan umi padaku..Alhamdulillah aku selalu redha bila aku amalkan itu..

"Jangan bergantung harap meletakkan harapan yang menggunung pada org yg kamu cinta,kerana belum tentu org itu mencintai kamu seperti kamu mencintainya..berbalaslah pada org yang mencintai kamu kerana dia yang akan menjagamu spt dirinya sendiri...jangan biar hidup penuh kenangan dia..ciptakan memori indah baru kamu dgnnya yang mencintaimu.." maksu always talk to me..dia tulang belakang sy kini..luv u maksu.

"kamu kuat,kamu mampu,sebab tu kamu di uji..kami sentiasa dibelakang menyambut kamu sekiranya kamu tergelincir.." thanxs sahabat sejati..along,ateh,achik n adik..luv u all

"Biar apa org buat pada kita..bersabarlah, ingat kita masih ada ALLAH yang 1 itu..dia tidak pernah tinggalkan kita.." pesan abang hingga ke akhir hayatnya..ALFATIHAH buat kamu.

"langit tak selalu cerah...ada tika hujan,ribut,petir mengundang...aku mengharapkan ada pelangi untukku selepas hujan itu..moga masih ada mentari kembali menyinari diari hari depan ku..Insyaallah" saya selalu berpesan pada diriku..

"YA ALLAH..padaMU aku berserahkan segala-galanya bagi menutup kamus tahun 2010 ini yang banyak ujian hebat dari MU..Ya ALLAH..padaMU aku memohon segala-galanya bagi membuka diari hidupku tahun 2011 ini..biar selari dgn azam diari baruku Muhharam 1432H..aku berpegang pada janjiMU Ya Rabbal'alamin..."


.....Selamat tinggal 2010.....

9.12.10

.:: A L A S A N M U ::.


Ikhlasnya hati...Sering kali disalah erti
Tulusnya budi...Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan...Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata...Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlena pastinya terpukau...Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum...Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula...Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama...Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah...Cara hidupmu
Ada rahmatnya....Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh...Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin...Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu....Semenjak dahulu


always pray da best for ur life...

[ e.N. d ]

17.11.10

.:: Salam Idul Adha ::.


Saat menitisnya air mata Nabi Ibrahim a.s melihat kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s...
Di saat itu juga terciptanya SEJARAH yang AGUNG...
PENGORBANAN yang di redhaiNYA..

Salam Idul Adha buat semua umat Islam yang meraikannya..

Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali kepadaNYA.


[e.n.D]




8.11.10

..:: Syukran Ya ALLAH ::..

THANK YOU ALLAH...

lama mereka menghilang~hari ini mereka kembali padaku...got a called fr0m my boy Danish n mygurL Dhya...Bile terdengar di hp ku jeritan ..."mummyLangggggg" aduhai mau jatuh jantung aku neh..Tuhan kau makbulkan doaku saban hari. Rindu aku pada anak2 itu..merkea juga anak2 ku, mereka darah dagingku..peninggalan arwah kanda..Alhamdulillah mendengar khabaran perkembangan yang baik sekali dlm hidup mereka kini..maafkan mummyLang..insyaallah kita kan ketemu ya...
...abang,kau lihat anak2 mu kini kembali riang ..danish semakin ceria, cuma dhya mudah terasa sejak pemergiaanmu..barangkali rindu kamu...abang redhalah kamu jika ada pelangi lain menyinari hidup mereka..kerna kamu pasti tau derita itu..aku tumpang tersenyum gembira dgn perkembangan mereka..


"Ya Allah..Kau peliharalah anak-anak yatim itu..lindungi lah mereka dr segala kuasa jahat.."


[eNd]

6.11.10

..:: Atas Nama Cinta ::..




Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya


[T.A.M.A.T]

5.11.10

.:: Impian vs Matlamat ::.






senarai impian hidupku @ matlamat dan impian
[t0t cB 2005]
~catatan 30minit~ (impian gila ku di benak fikran saat itu)

1. sampai ke eiffel towel(Paris)

2. memaksimakan aktiviti sukarelawan

3. belajar dancing*

5. mahir mengendalikan senjata

6. pergi menunaikan haji & umrah bersama keluarga

7. menjejak kaki di tembok china (on march 2011)

8. hidup untuk melihat wawasan 2020

9. berkahwin dgn yang dicintai dan memiliki 3 orng anak (kalau lebih pun tak kisah)

10. melawat setiap negeri di malaysia * (dah berjaya)

11. bermain gitar dengan mahir (masih sedang belajar)

12. scuba di pulau-pulau indah * (done - redang, perhentian, mabul sipadan)

13. ada bisnes seniri(alhamdulillah..dgn wujudnya viOlet photo studi0)

14. memiliki set komputer apple (penah memiliki & da pulangkan pd tuannnya)

15. mendaki gunung kinabalu dengan tersayang

16. belajar bahasa cina

17. bermain roller coaster*(genting +time square - da serik)

18. riding superbike - bersama suami

19. membina kebahagian bersama si dia

20. menunggang kuda

21. menjadi perdana menteri (tak mungkin berlaku..hehea angan2)

22. mendapatkan lesen kapal terbang (haha angan2 besar)

23. masuk kelas music (blom masuk tp da blajar fr0m pakcik lorZ-gitar n drum)

24. menetap di putrajaya *

25. mendaki gunung kinabalu *

26. bermain piano

27. memiliki kereta * (JHX3*60,WFB2*2,WQE41*1,WSE4*38)

28. beli rumah * (@ Bangi)

29. simpan rm 10000 *. (dah berjaya 2009 - bg parents)

30. tidak mahu kecewa kerana lelaki (seringkali aku kecewa)

31. pendebat / pembahas (hehee terjadi penceramah la pulak)

32. pergi bali, medan & bukit tinggi Indon *. (bali-akan pergi bsama suami)

33. naik star cruise.

34. MEMILIKI WANG SEBANYAK RM 1000000 (RM 1 JUTA)

35. MELANCONG KE UK

36. MELANCONG KE PERANCIS

37. MENJADI seorang yang hebat dalam diriku

38. Memiliki set kamera DSLR * (telah memilikinya)

39. Membakar diri demi keluarga tercinta.

40. Memiliki ijazah sarjana a.k.a master (alhamduillah telah dan sedang memiliki)

41. Menggenggam PHD

41. Membesarkan rumah mak & abah di kampung * (done - tp musnah terbakar)


simbol asterik * menunjukkan matlamat yang telah pun tercapai


------> Ini antara matlamat @ impian dalam hidup saya.
Catatan ini dibuat ketika dalam TOT CB modul 1 matlamat & impian (30minit).
Saya yang menentukan kejayaannya..


laungan sorakan semangat saya...
"...g0 g0 g0 kambate g0.."



sekadar kongsi ~ menutup diari catatan jam 12am

[e.N.d]

= = Dan Ketika Cinta Aku Bertasbih = =

Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah sebih menjadi riang
mengubah amarah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibah
Itulah cinta

Sekalipun cinta telah ku uraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar
Namun jika cinta ku datangi
Aku jadi malu pada
Keterangan ku sendiri

Meskipun lidahku mampu menguraikan
Namun tanpa lidah
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa
Gesa menuliskannya
Kata-kata pecah kepada keping
Begitu sampai kepada cinta

Dalam mengurai cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagai keldai baring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan
Cinta dalam percintaan.....

= = Dan Ketika Cinta Aku Bertasbih = =

Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka menjadi anggur
mengubah sebih menjadi riang
mengubah amarah menjadi ramah
mengubah musibah menjadi muhibah
itulah cinta

Sekalipun cinta telah ku uraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta ku datangi
aku jadi malu pada
keterangan ku sendiri

meskipun lidahku mampu menguraikan
namun tanpa lidah
cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa
gesa menuliskannya
kata-kata pecah kepada keping
begitu sampai kepada cinta

Dalam mengurai cinta
Akal terbaring tak berdaya
bagai keldai baring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan
cinta dalam percintaan.....

29.10.10

..: saya sayang kamu :..



aku terlalu sayangkan kamu
aku telan semua pahit itu kerana ia adalah benar
tidak terlintas untuk aku khianati
namun aku tersepit
aku keliru
tiada kata yang mampu aku lafazkan lagi..
segalanya ku terima
sedaya ku korbankan
aku tidak tegar hilang kamu
tapi mampukah aku memiliki..

buat mu..
ampunan kemaafan aku hulur
aku ingin bersama kamu selamanya
namun adakah ia pasti menjadi milikku...

YA ALLAH! PADAMU AKU BERSERAH YANG ALLAH
Kau menentukan segalanya
seandainya dia benar milikku
kau satukanlah hati kami
seandainya ia bukan milikku
kau lenyapkanlah rasa sayang itu
dari pintu hatinya..
namun aku ingin melihat dia bahagia...



luv u ayern

[e.N.d]







27.10.10

..:: Aku Bukan SriKaNDi ::..




BiLa Kau Lihat SriKandI itu TerSenYum,
JangaN Kau SangKa haTinya terSenyum juGa,

BiLa Kau NamPak SrikanDi itu tertawa,
Jangan kau sangka dia benar-benar ketawa
Kerana adakalanya Srikandi itu hanya ketawa
Hanya untuk meredakan tangisan di dalamnya

Bila kau nampak Srikandi itu Gembira dikelilingi rakan2nya,
Usah kau sangka dia ada di dalam kegembiraannya,
Kerana ada masanya Srikandi itu akan tenggelam dalam keramaian dan kegembiraan itu..

Bila kau nampak SriKandi itu begitu marah kepada si dia yang meninggalkannya,
Jangan kau ingat dia benar-benar benci pada si dia yang meninggalkannya
Kerana SrikanDi itu hanya menipu dirinya sendiri
HakikatNya SrikanDi itu begitu Terseksa dengan KEHILANGAN itu..

Apabila dilihat SriKandi itu menjadi Penasihat di saat sahabatNya Bersedih
Lahiriahnya dilihat SriKandi itu begitu kental hatinya..
Ketahuilah HaTiNya tidaklah SekuaT itu..
HanYa yang dia Ingin Orang Lain TidAk menJadi sepErtinya..

SriKandi..Srikandi..hmm
SamPai Bila Mahu BegiNi...

Aku bukanlah srikandi...

[ e. N. D ]

24.10.10

..: ia datang..datang & datang lagi :..




aku tak pinta untuk dia datang lagi..sbb bg aku rasa tetap sama seperti dulu utk kamu [mycobain] namun sukar aku berpatah balik..hmm tutup yea kisah itu!

tapi kali neh dia datang..datang... & datang lg..aku tak undang, malah sedaya aku bilang sama hati..namun mungkin takdir menentukan segalanya sedang aku hanya merancang..Cinta itu berputik kembali..

CINTA adalah satu nilai suci kurniaan dariNYA..
aku tahu aku tak mampu lagi tuk semua tu..
namun dia tetap dtg..datang bersama 1001 harapan yang penuh yakin..ya aku telah mula menyandarkan harapan padanya,aku telah mula memberi balas atas tangan yang dihulurkan..aku telah mula yakin dgn beberapa sebab..namun bagai aku mencurah air kasih salah pada lamannya..

Tuhan maha mendengar..DIA mendengar rintihan hati aku..
"andai aku dipermainkan lagi..tunjukkan aku Ya Allah"....
nahh..lantaran kau kabulkan rintihan hati aku..

kini dimana nilai cintamu???

Ya Allah kenapa aku yg kau pilih tuk semua ni..
aku tak betah tuk semua nie Ya Allah, aku tidak lagi kuat sebenarnya tuk semua dugaan2 MU. aku terbanyak di uji pada tahun ini..apakah ada janjiMU yang terbaik tuk ku.. tamparan hebat aku terima sedari awal tahun.. dahan tempat ku berpohon dan pokok tempat ku berteduh tidak lagi redup tuk kasih ku..aku redha [walau dlm paksa saat itu].

Menghitung kembali detik ku di uji dgn hebat bila pulangnya seorang abang tempat aku meluahkan segala rasa dlm keadaan yg sgt tragis.. kau hantar lagi ujian dgn persekitaran sekeliling tempat aku mencari rezeki..aku berundur, aku kembali pada ayah bonda moga terubat. rupanya kau dekatkan aku dgn ayahbonda kerana Kau mahu antar ujian yg sgt hebat dlm keluarga kami..sekelip mata kami hilang segalanya, bagai jatuh ditimpa tangga lagi..hilang tempat tinggal kemudian dihalau keluar dr menumpang banglo saudara seniri di hadapan tapak rumah yg asal..aku telah mula jatuh namun abah hulurkan tangan mengheret aku tuk bangun..mula kami tuk melangkah..Kau uji lagi Ya Allah..kau tarik lg harta dunia kami..abah hilang arah abah bagai terjelepuk dilantai..aku yang rebah sedaya bangun tuk bimbing tangan ayah dan bonda..aku rela korban segalanya..aku pura senyum aku pura kuat tuk itu walau dalam keadaan kesihatan tak mengizinkan..belum pun aku mampu melangkah setapak Kau hantar lg dugaan..rupanya sakit ku kerana 'hadiah' dr teman yg syg kn aku..sampai hati mereka..susu aku beri tp tuba aku disimbah..aku juga hilang arah..saat itu bg ku mujur masih ada yg sayang, aku masih punya 'dia kekasihku' tempat aku meluahkan rasa tempat aku menangis. rupanya disitu juga aku di uji, tuhan makbulkan doa aku saat itu...dia membuka kebenaran siapa 'dia' pada saat itu..YA TUHAN sgt kerdil aku rasa diri ini saat itu..laut luas terbentang seperti melambai aku..aku tidak mahu menjadi kejam..aku bukan seorg yang suka merampas hak orang lain..aku kembalikan hak pada yang asal. derita di hati..senyum aku senyum tipu,gelak aku gelak bohong..tapi KAU hadiah aku kekuatan berdepan dgn mereka demi tuk melihat mereka bahagia.. tapi aku????? letih menanggung keseorangan.

apa janjiMU pada aku sebenarnya Ya Allah..aku benar-benar diuji..hebat tanpa henti..
YA Allah..aku sudah hilang segalanya..aku kembali padaMU. aku menyerahkan diri aku pada MU. Kurniakan mereka insan-insan yang aku sayang dengan kebahagiaan yang KAU redha ke Akhirat sana. Amin.

[e.N.d]

16.10.10

..:: Tiada lagi kenangan saya ::..

hanya tiang seri yang ditinggalkan api..



tiada lagi kenangan usia kecil sy..


beras organik hasil titik peluh abah


operasi pembersihan



kini menjadi padang bola...










8.10.10

.:: Tabah yang hampir rebah ::.

Aidilfitri tahun neh telah menguji kesabaran kami sekeluarga..
3 hari kami menyambut hari raya dgn meriah sekali... meriah makanan, meriah silaturahim,meriah segala-galanya..DIA beri kami merasai keseronokan selama 3 hari tu.

Pagi 4Syawal [13September2010] seawal jam 3.30 pg, kekalutan semua yg ada berusaha memadamkan api yang berpunca dari lintas pintas di bilik anak buahku (berhadapan bilik aku sendiri). Syukur..si ibu kucing yang buta sebelah mata itu bersama anaknya mengejutkan mereka saat sedang nyenyak tido. secara tak langsung menyelamatkan semua nyawa 15 orang ahli keluarga ku ketika kejadian. Api terlalu cepat marak,dgn berbaju tido hanya sempat menyelamatkan handbag,laptop dan body set DSLR serta kereta sahaja. Luluh jiwa mengingatkan semua tu. Ujian dariNYA terlalu kuat buat aku dan keluarga kali ini. Saat dan ketika iti aku masih kuat menghadapi semua neh bila melihatkan keadaan abah yang melecur kedua belah telapak kakinya akibat terkena tikar getah yang terbakar. Ya aku masih kuat,lebih kuat menghadapinya berbanding dari kakak sulong ku. Namun beberapa perkara yang berlaku pada hari ke 3 dan ke 4 selepas kejadian, aku menjadi lemah..semangat ku mula patah,hati aku mula tak keruan..bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga batu pada kami. Namun melihatkan kekuatan abah ketabahan abah menenangkan kami semua adik beradik,aku juga perlu bangun. Aku curi sedikit kekuatan itu dari abah,ibu saudara ku juga yang x pernah henti mencurah kekuatan buat aku jugak dr teman yang rapat. Saat ini aku mula kenal kawan dan lawan.

hari ini..sy mulai rindu teratak yang telah mencecah 38 thn terbina itu..
saya rindu bilik sy..
saya rindu mau bergolek2 di ruang solat mak yg sgt dingin itu..
sy rindu kenangan2 sy membesar di rumah itu..
saya RINDU segala-galanya didalam rumah itu..

kini tiada lagi..telah menjadi dataran yang sgt lapang seperti padang bola...tiada lagi yang tinggal tuk kenangan ku masa kecil dan usia membesar disitu...

YA ALLAH...ujianMu tersangat berat tuk kami kali ini..
Engkau permudahkanlah urusan kami hambaMu ini...

7.9.10

.:: SalaM AiDiLFiTRi ::.


saya mengambil kesempatan ini ingin memohon jutaan kemaafan
andai kata selama ini ada
terkasar bahasa ku dalam berbicara
termarah yang tak kena tempat
tersasul yang tak sengaja
terpukul kat mana-mana
termoody tak semena-mena
terumpat bila ada cerita
termakan terminum tanpa izinnya
dan termacam-macam yang lain
sama ada sengaja atau tidak sengaja

buat semua...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431


[T.A.M.A.T]




30.8.10

Warisan

.:: Salam keMERDEKAan!! ::.

Buat semua rakyat Malaysia
sy mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan..
semoga negara kita MALAYSIA akan terus merdeka
anak muda adalah perintis masa depan negara..

~1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI~

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA!!







20.8.10

..: saNTai riDe t0 kRaBi,ThaiLanD :..


eceli neh entry tertunggak saya...neh antara xtvt sy sblom pose eheeee~cuti sambil bersantai. Ku pergi merehatkan segala2nya dari kesibukan hari-hari biasa.. trip neh sy j0in Penang Cops Biker [PCB] ride t0 kraBi. best sesangat,mule2 tuh ada la malu2 segan2 silu..ahaksss ye la x kenal sgt pun just join my uNCLe bike teaM. Alhamdullilah, blh masuk..dorg mmg sporting giler eheee~crediT thanxs t0 u aLL~ memang eNJoy ngan korang (^_^) Tak yah la aku berceloteh panjang..just see da pic okay~zassss layannnnn



our resort

Ao-nang beacH

sempat singgah sebelum balik ~floating market hatdyai~























manyak lg pic neh~see my FB laaa (^_^)

hope can joiN again f0r nexT trip :)

[T.A.M.A.T]

11.8.10

.:: Ahlanwasahlan Ya Ramadhan Kareem ::.


Salam Ramadhan..selamat berpuasa buat semua muslimin muslimat.
kesempatan ini, ku mohon dr semua kalian teman kemaafan dan keampunan andai ada salah dan silap ku tanpa aku sedari atau sengaja..semoga dibulan yang dinanti ini juga bulan yang penuh rahmat ini dpt dimanfaatkan sepenuhnya peluang yang dibuka tuk kita semua umat Islam.
semoga diriku juga dapat memperbaiki dan merebut peluang ini.
Amin.


[E.N.D]

27.6.10

..:: jusT shooT sh00t ::..


Last time [end of May]..berkesempatan sy waLk2 around kL wif pHoToMalaysia Team....
kami smpai agak lewat skit,sesi taklimat baru jer selesai..walaubagaimanapun,kak farah [farahin jamsari] still mengalu2kan kami dgn penuh mesra...credit to en.Din as a 'Ladies man' aku n yutd arituh n pojie as my driver that days [disebabkan aku dah lenguh kaki round melaka 1 ari suntuk b4].. kesempatan juga aku jumpe Lumie @ umie Umairah... ukey let see wut i geT...[x byk pic becoz battery pun x caj berikutan job kt melaka mlm tuh]..n i lebih prefer t0 snap pic people~





[TiniE] once of da modeL

perghhh model tersesat p0n aderr

mcm2 gaya shoot modeL

PM ouTing temukan kami kembaLi



P.E.A.C.E


ish2 sape tembak sape neh!



biru mata hiTam~


ragam pojie wif new 50D


so sleePy agaknyerr



he is our ladies man




arT


manyak lg...tp kang penuh la plak kt cneh :)
nti upload kt flickr!


[T.A.M.A.T]



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...