"Everything Begins fRom HeRe..."

29.10.10

..: saya sayang kamu :..



aku terlalu sayangkan kamu
aku telan semua pahit itu kerana ia adalah benar
tidak terlintas untuk aku khianati
namun aku tersepit
aku keliru
tiada kata yang mampu aku lafazkan lagi..
segalanya ku terima
sedaya ku korbankan
aku tidak tegar hilang kamu
tapi mampukah aku memiliki..

buat mu..
ampunan kemaafan aku hulur
aku ingin bersama kamu selamanya
namun adakah ia pasti menjadi milikku...

YA ALLAH! PADAMU AKU BERSERAH YANG ALLAH
Kau menentukan segalanya
seandainya dia benar milikku
kau satukanlah hati kami
seandainya ia bukan milikku
kau lenyapkanlah rasa sayang itu
dari pintu hatinya..
namun aku ingin melihat dia bahagia...



luv u ayern

[e.N.d]







27.10.10

..:: Aku Bukan SriKaNDi ::..




BiLa Kau Lihat SriKandI itu TerSenYum,
JangaN Kau SangKa haTinya terSenyum juGa,

BiLa Kau NamPak SrikanDi itu tertawa,
Jangan kau sangka dia benar-benar ketawa
Kerana adakalanya Srikandi itu hanya ketawa
Hanya untuk meredakan tangisan di dalamnya

Bila kau nampak Srikandi itu Gembira dikelilingi rakan2nya,
Usah kau sangka dia ada di dalam kegembiraannya,
Kerana ada masanya Srikandi itu akan tenggelam dalam keramaian dan kegembiraan itu..

Bila kau nampak SriKandi itu begitu marah kepada si dia yang meninggalkannya,
Jangan kau ingat dia benar-benar benci pada si dia yang meninggalkannya
Kerana SrikanDi itu hanya menipu dirinya sendiri
HakikatNya SrikanDi itu begitu Terseksa dengan KEHILANGAN itu..

Apabila dilihat SriKandi itu menjadi Penasihat di saat sahabatNya Bersedih
Lahiriahnya dilihat SriKandi itu begitu kental hatinya..
Ketahuilah HaTiNya tidaklah SekuaT itu..
HanYa yang dia Ingin Orang Lain TidAk menJadi sepErtinya..

SriKandi..Srikandi..hmm
SamPai Bila Mahu BegiNi...

Aku bukanlah srikandi...

[ e. N. D ]

24.10.10

..: ia datang..datang & datang lagi :..




aku tak pinta untuk dia datang lagi..sbb bg aku rasa tetap sama seperti dulu utk kamu [mycobain] namun sukar aku berpatah balik..hmm tutup yea kisah itu!

tapi kali neh dia datang..datang... & datang lg..aku tak undang, malah sedaya aku bilang sama hati..namun mungkin takdir menentukan segalanya sedang aku hanya merancang..Cinta itu berputik kembali..

CINTA adalah satu nilai suci kurniaan dariNYA..
aku tahu aku tak mampu lagi tuk semua tu..
namun dia tetap dtg..datang bersama 1001 harapan yang penuh yakin..ya aku telah mula menyandarkan harapan padanya,aku telah mula memberi balas atas tangan yang dihulurkan..aku telah mula yakin dgn beberapa sebab..namun bagai aku mencurah air kasih salah pada lamannya..

Tuhan maha mendengar..DIA mendengar rintihan hati aku..
"andai aku dipermainkan lagi..tunjukkan aku Ya Allah"....
nahh..lantaran kau kabulkan rintihan hati aku..

kini dimana nilai cintamu???

Ya Allah kenapa aku yg kau pilih tuk semua ni..
aku tak betah tuk semua nie Ya Allah, aku tidak lagi kuat sebenarnya tuk semua dugaan2 MU. aku terbanyak di uji pada tahun ini..apakah ada janjiMU yang terbaik tuk ku.. tamparan hebat aku terima sedari awal tahun.. dahan tempat ku berpohon dan pokok tempat ku berteduh tidak lagi redup tuk kasih ku..aku redha [walau dlm paksa saat itu].

Menghitung kembali detik ku di uji dgn hebat bila pulangnya seorang abang tempat aku meluahkan segala rasa dlm keadaan yg sgt tragis.. kau hantar lagi ujian dgn persekitaran sekeliling tempat aku mencari rezeki..aku berundur, aku kembali pada ayah bonda moga terubat. rupanya kau dekatkan aku dgn ayahbonda kerana Kau mahu antar ujian yg sgt hebat dlm keluarga kami..sekelip mata kami hilang segalanya, bagai jatuh ditimpa tangga lagi..hilang tempat tinggal kemudian dihalau keluar dr menumpang banglo saudara seniri di hadapan tapak rumah yg asal..aku telah mula jatuh namun abah hulurkan tangan mengheret aku tuk bangun..mula kami tuk melangkah..Kau uji lagi Ya Allah..kau tarik lg harta dunia kami..abah hilang arah abah bagai terjelepuk dilantai..aku yang rebah sedaya bangun tuk bimbing tangan ayah dan bonda..aku rela korban segalanya..aku pura senyum aku pura kuat tuk itu walau dalam keadaan kesihatan tak mengizinkan..belum pun aku mampu melangkah setapak Kau hantar lg dugaan..rupanya sakit ku kerana 'hadiah' dr teman yg syg kn aku..sampai hati mereka..susu aku beri tp tuba aku disimbah..aku juga hilang arah..saat itu bg ku mujur masih ada yg sayang, aku masih punya 'dia kekasihku' tempat aku meluahkan rasa tempat aku menangis. rupanya disitu juga aku di uji, tuhan makbulkan doa aku saat itu...dia membuka kebenaran siapa 'dia' pada saat itu..YA TUHAN sgt kerdil aku rasa diri ini saat itu..laut luas terbentang seperti melambai aku..aku tidak mahu menjadi kejam..aku bukan seorg yang suka merampas hak orang lain..aku kembalikan hak pada yang asal. derita di hati..senyum aku senyum tipu,gelak aku gelak bohong..tapi KAU hadiah aku kekuatan berdepan dgn mereka demi tuk melihat mereka bahagia.. tapi aku????? letih menanggung keseorangan.

apa janjiMU pada aku sebenarnya Ya Allah..aku benar-benar diuji..hebat tanpa henti..
YA Allah..aku sudah hilang segalanya..aku kembali padaMU. aku menyerahkan diri aku pada MU. Kurniakan mereka insan-insan yang aku sayang dengan kebahagiaan yang KAU redha ke Akhirat sana. Amin.

[e.N.d]

16.10.10

..:: Tiada lagi kenangan saya ::..

hanya tiang seri yang ditinggalkan api..



tiada lagi kenangan usia kecil sy..


beras organik hasil titik peluh abah


operasi pembersihan



kini menjadi padang bola...










8.10.10

.:: Tabah yang hampir rebah ::.

Aidilfitri tahun neh telah menguji kesabaran kami sekeluarga..
3 hari kami menyambut hari raya dgn meriah sekali... meriah makanan, meriah silaturahim,meriah segala-galanya..DIA beri kami merasai keseronokan selama 3 hari tu.

Pagi 4Syawal [13September2010] seawal jam 3.30 pg, kekalutan semua yg ada berusaha memadamkan api yang berpunca dari lintas pintas di bilik anak buahku (berhadapan bilik aku sendiri). Syukur..si ibu kucing yang buta sebelah mata itu bersama anaknya mengejutkan mereka saat sedang nyenyak tido. secara tak langsung menyelamatkan semua nyawa 15 orang ahli keluarga ku ketika kejadian. Api terlalu cepat marak,dgn berbaju tido hanya sempat menyelamatkan handbag,laptop dan body set DSLR serta kereta sahaja. Luluh jiwa mengingatkan semua tu. Ujian dariNYA terlalu kuat buat aku dan keluarga kali ini. Saat dan ketika iti aku masih kuat menghadapi semua neh bila melihatkan keadaan abah yang melecur kedua belah telapak kakinya akibat terkena tikar getah yang terbakar. Ya aku masih kuat,lebih kuat menghadapinya berbanding dari kakak sulong ku. Namun beberapa perkara yang berlaku pada hari ke 3 dan ke 4 selepas kejadian, aku menjadi lemah..semangat ku mula patah,hati aku mula tak keruan..bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga batu pada kami. Namun melihatkan kekuatan abah ketabahan abah menenangkan kami semua adik beradik,aku juga perlu bangun. Aku curi sedikit kekuatan itu dari abah,ibu saudara ku juga yang x pernah henti mencurah kekuatan buat aku jugak dr teman yang rapat. Saat ini aku mula kenal kawan dan lawan.

hari ini..sy mulai rindu teratak yang telah mencecah 38 thn terbina itu..
saya rindu bilik sy..
saya rindu mau bergolek2 di ruang solat mak yg sgt dingin itu..
sy rindu kenangan2 sy membesar di rumah itu..
saya RINDU segala-galanya didalam rumah itu..

kini tiada lagi..telah menjadi dataran yang sgt lapang seperti padang bola...tiada lagi yang tinggal tuk kenangan ku masa kecil dan usia membesar disitu...

YA ALLAH...ujianMu tersangat berat tuk kami kali ini..
Engkau permudahkanlah urusan kami hambaMu ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...